6 SEBAB MENGAPA ANDA MESTI MEMILIKI BARANGAN KEMAS FESYEN ZHULIAN!
  • 13339
  • 1
  • 2



1. PRODUK BERKUALITI, JENAMA DIYAKINI

Kesenian indah dan teknologi terkini bersatu demi melahirkan Barangan Kemas Fesyen ZHULIAN  

Barangan Kemas Fesyen ZHULIAN telah sinonim dengan gaya dan keanggunan penuh citarasa.

Ia melambangkan semangat positif dan keberanian mendepani gelombang perubahan yang di luar kebiasaan. Memacu aliran, zaman berzaman.  Ia adalah "The Custodian of Beauty".

 

 

2. PENERAJU FESYEN TERKINI

Pelbagai desain koleksi yang eksklusif dan sofistikated dihasilkan bagi memenuhi cita rasa si pemakai yang mahu sentiasa kelihatan menawan dan mempesonakan. 

Boleh dipadankan dengan apa jua stail pakaian dan sesuai untuk pelbagai acara. Mudah digayakan dan mampu menampilkan gaya tersendiri.

 

 

3. PERTUKANGAN DAN KUALITI TANPA KOMPROMI

Setiap item barangan kemas eksklusif ZHULIAN ini melalui proses pertukangan yang penuh kejituan dan kesenian. Setiap saduran demi saduran, setiap pintalan dan ukiran, setiap cantuman mahupun gilapan setiap tatahan cubic zirconia berkilauan dilakukan penuh kesabaran dan ketelitian oleh tangan-tangan tukang mahir yang berpengalaman. 

 

4. HARGA BERPATUTAN DAN MAMPU DIMILIKI

Jika dibanding dengan barang kemas tulen, harga barang kemas ZHULIAN amatlah rendah tetapi menawarkan nilai astetik yang sama – anggun menawan dengan pertukangan halus dan desain serbaneka yang cantik menarik. Oleh itu, ia mampu dimiliki oleh sesiapa pun; sudah tentulah ia menawarkan NILAI BERBALOI buat WANG anda.

 

5. SESUAI SEBAGAI HADIAH KEPADA ORANG TERSAYANG

Anda boleh membelinya sebagai hadiah perayaan, hadiah hari lahir atau hadiah ulang tahun buat insan-insan tersayang – isteri, ibu, kakak mahupun sahabat. Mereka pasti akan gembira sekali apabila menerima bingkisan hadiah yang amat menarik ini.

 

6. SUNTIKAN FESYEN TERBARU DARI MASA KE MASA

ZHULIAN sentiasa peka terhadap tren terkini dan akan melancarkan rekaan baru dari masa ke masa yang eksklusif, mengikut aliran fesyen terbaru dan amat dinantikan oleh semua yang pentingkan penampilan diri.

 

 

 

Pilihan fesyen yang terkini

Koleksi Anggun Attilia dan Kirana Juwita

semestinya wajib untuk anda dapatkan segera! 

 

Koleksi Anggun Attilia

Koleksi saduran emas yang diketengahkan cukup menonjol dan sungguh glamor.  Rantai tangan dan cincin anggun bergaya ini semestinya pelengkap penampilan yang memukau pandangan. 

Sila klik pada https://bit.ly/2VVr3zF untuk melihat katalog. 

 

Koleksi Kirana Juwita

Keempat-empat kerongsang bagaikan bunga yang menguntum berseri dihiasi embun pagi, dengan saduran rhodium yang berkilau mewah. Amat elegan dan eksklusif!

 

Dapatkan Koleksi barangan kemas ini

Anggun Attilia & Kirana Juwita

sekarang juga!

  

HUBUNGILAH AGENSI BERTAULIAH BERDEKATAN ANDA DAN BUATLAH PESANAN SEKARANG!

Sila klik DI SINI untuk senarai Agensi Bertauliah ZHULIAN.

 

 

 

 

Comments (2)
hi..saya ingin bertanya.saya nk celup emas saya..tp kad dah xde.boleh ke pg kedai zhulian.dan berapa harga nya
tq
5/20/2021 9:01 AM
Hai saudari,
Maaf kerana terlepas pandang soalan anda.

Anda masih boleh menghantar barangan kemas saduran emas ZHULIAN untuk pennyaduran semula tanpa kad Jaminan Penyaduran Semula.  Namun, caj sebanyak 15% daripada Harga Pelanggan (CP) terkini produk berkenaan akan dikenakan.  Caj pengendalian RM4.00-RM8.00 (bergantung kepada produk) turut dikenakan.  

Sila rujuk pautan ini untuk melihat Agensi berhampiran anda: http://www.zhulian.com.my/contact-us

Dalam situasi kini, marilah bersama kita terus pelihara keselamatan & kesihatan diri serta keluarga.  

Terima kasih.
9/17/2021 2:18 PM