sertai lalu diinspirasi ...

ZHULIAN amat menekankan peningkatan berterusan berkaitan kemahiran dan keupayaan para Pengedar dan Pemimpinnya. ZHULIAN menjalankan aneka acara setiap tahun yang tidak hanya menyeronokkan, malah memotivasikan dan menginspirasi. Terdapat insentif pelancongan yang disusun setiap tahun bagi memberi ganjaran ke atas usaha gigih para Pengedar dan Pemimpinnya. Selain itu, ZHULIAN mengadakan Seminar Kepimpinan secara kerap bagi melatih dan mendedahkan para Pengedarnya kepada kemahiran MLM terkini dan kualiti kepimpinan yang serba-boleh. Selain itu juga, acara seperti Malam Penganugerahan dan Hari Penganugerahan turut dianjurkan bagi memberikan pengiktrafan selayaknya kepada para Pemimpin luar biasa. Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman jualan langsung, ZHULIAN adalah peluang hebat untuk pembelajaran berterusan di mana mereka boleh memperolehi pandangan dan tip-tip penting berkenaan aspek-aspek terbaik untuk menjadi seorang Pemimpin yang berkesan, melalui seminar dan konvensyen dianjurkan, serta pendedahan atau pengalaman yang membuka mata melalui insentif pelancongan yang dikendalikan.