BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT adalah satu sistem canggih yang berkuasa merawat
makanan mentah dan peralatan harian anda melalui penggunaan aliran terkawal molekul ozon. Ia mempunyai
kegunaan versatil yang membersih,
meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksik menggunakan tindakan
kuasa ozon
agar anda sekeluarga dapat menikmati makanan dan kehidupan yang lebih baik.
Dengan menggunakan
BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT yang memiliki pelbagai
ciri-ciri unik, anda dapat memastikan racun perosak, racun serangga, pengawet, antibiotik, dll pada bahan
mentah yang akan dimasak telah disingkirkan. Bahkan patogen yang hadir pada peralatan dapur, sudu, garfu
juga dapat direncatkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Alangkah leganya kerana kini anda bukan sahaja
dapat menghidangkan makanan yang lazat buat seisi keluarga bahkan anda lebih yakin kerana makanan tersebut
adalah bersih dan menyihatkan!
BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT didatangkan dengan
jaminan produk 1
tahun.