GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam
secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang
pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih
penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah
kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid
gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.
GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang
ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik
dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada
setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam
bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang
digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.
|