| |
| |
|
Forum Antarabangsa Diamond 2012, Perth, Australia ~ destinasi yang menjadi realiti!
Feb 27, 2012 (Isnin) – Sebulan sahaja lagi untuk bercuti! Tahniah buat
ahli rombongan Yang Terbaik dari ZHULIAN yang akan berlepas ke Perth, Australia untuk sebuah
percutian mewah dari 28 Mac – 3 April 2012. Semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan
pasti kegembiraan yang dirasai akan mendorong para Pemimpin untuk berusaha lebih gigih di masa hadapan…Kota
Paris pula menanti!
|
|
 |
| |
|
Tarikan di Saigon menanti anda…
Feb 27, 2012 (Isnin) – Syabas kepada anda yang telah bertungkus-lumus
meraih kelayakan tempat bagi Pelancongan Insentif 2011/2012 ke Kota Ho Chi Minh, Vietnam! Kota terbesar
dan pusat ekonomi Vietnam ini pasti menitipkan pelbagai kenangan menakjubkan buat para peserta.
|
|
 |
| |
|
Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-41 akan berlangsung di Cameron Highlands!
Dis 28, 2011 (Rabu) – Tempoh kempen bagi Seminar Kepimpinan Kebangsaan
Ke-41 akan bermula dari bulan jualan Januari 2012 sehingga bulan jualan April 2012! Aturlah perancangan
yang rapi agar tempat anda ke seminar ini terjamin dan anda akan berpeluang menerokai ilmu-ilmu baru yang
dapat membawa anda menggapai matlamat lebih tinggi dan lebih jauh di dalam Dunia Keemasan ZHULIAN!
|
|
 |
| |
|
Malam Penganugerahan 2012…Bersama Menyusuri Kejayaan!
Dis 28, 2011 (Rabu) – Datanglah beramai-ramai ke majlis tahunan
besar-besaran yang menampilkan para Pemimpin yang cemerlang diiktiraf dan dihargai dengan gemilang sekali!
Saksikan kejayaan mereka dan semangat kejayaan yang luar biasa pasti akan terbit di dalam jiwa anda!
|
|
 |
| |
|
Forum Antarabangsa Diamond 2013 – Kota Paris, Perancis
Dis 28, 2011 (Rabu) – Anda semua pasti teruja dengan destinasi Forum
Antarabangsa Diamond 2013 iaitu "Kota Cinta Abadi" ~ Kota Paris, Perancis! Khas buat para Pemimpin Diamond
yang ingin melihat dari dekat mercu tanda terkenal di dunia seperti Menara Eiffel, Katedral Notre Dame,
Pusat Pameran Porte de Versailles, Museum Louvre, Tugu Arc De Triomphe dan lain-lain…jangan bertangguh,
aturlah strategi terbaik mulai sekarang bagi meraih 2 tiket eksklusif untuk anda dan pasangan ke Kota Paris!
|
|
 |
| |
|
Motivation Rally Pusingan Kedua untuk anda yang ingin terus mendaki ke puncak tertinggi!
Dis 28, 2011 (Rabu) – "Motivation Rally" Pusingan Kedua akan hadir di
5 lagi lokasi terpilih pada akhir bulan Februari sehingga ke awal bulan Mac 2012. Jangan lepaskan peluang
untuk meraih ilmu dalam perspektif yang meluas dari lebih 20 Pemimpin yang terdiri daripada barisan Penerima
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Pengedar Terunggul dan Diamond Star ~ golongan Pemimpin yang telah
terbukti cemerlang di dalam Dunia Perniagaan Keemasan ZHULIAN! Hubungi Agensi berhampiran untuk
maklumat lanjut.
|
|
 |
| |
|
Rangkaian produk komestik NADRA telah dilancarkan!
Dis 28, 2011 (Rabu) – Lengkapkan rangkaian NADRA anda dengan
tambahan 5 produk komestik NADRA yang berkualiti! Kini anda mampu menatarias wajah anda sambil
memelihara kulit anda dengan kandungan bermanfaat seperti vitamin E, skualana dari sumber sayuran serta
perlindungan dari sinar UVA & UVB. Dapatkan rona yang sepadan kulit anda, dan serlahkan wajah yang segar
berseri sentiasa!
|
|
 |
| |
|
Motivation Rally – Barisan Pemimpin ZHULIAN berganding tenaga berkongsi kecemerlangan!
Okt 20, 2011 – Jangan ketinggalan mengikuti program "Motivation Rally"
yang akan merangsang minda dan jiwa anda, hasil bimbingan para Pemimpin yang memiliki kepakaran
masing-masing dalam Dunia Perniagaan Keemasan ZHULIAN! Seramai lebih 20 Pemimpin yang terdiri daripada
barisan Pengedar Terunggul serta Diamond Star ini akan berada di lokasi terpilih bagi menjayakan program
yang pasti akan melahirkan ramai lagi usahawan generasi baru yang akan mencipta kejayaan menakjubkan kelak! Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Agensi berhampiran.
|
|
 |
| |
|
Kota Ho Chi Minh, Vietnam menjadi destinasi terpilih bagi Pelancongan Insentif ZHULIAN 2011/2012!
Sept 19, 2011 – Kempen Insentif Pelancongan 2011/2012 telah diumumkan!
Destinasi hebat yang dipilih kali ini ialah Kota Ho Chi Minh. Buat anda yang menghargai kebudayaan dan
sejarah Asia pasti akan teruja dengan segala yang ditawarkan di kota terbesar di Vietnam ini! Berusahalah
memenuhi syarat kelayakan di sepanjang tempoh kempen iaitu dari Bulan Jualan September-Disember 2011!
|
|
 |
| |
|
Jamuan Rumah Terbuka Agensi-agensi ZHULIAN!
Sept 2, 2011 – Agensi-agensi ZHULIAN berbesar hati menganjurkan
Jamuan Rumah Terbuka di Agensi masing-masing untuk meraikan warga Agensi dan penduduk setempat sempena Hari
Raya Aidilfitri. Anda dialu-alukan untuk menghadiri majlis yang pasti berwarna-warni dan meriah ini!
|
|
 |
| |
|
IBU PEJABAT ANTARABANGSA ZHULIAN DI PULAU PINANG AKAN MENERIMA 3,800 TETAMU DARI THAILAND PADA 25HB JUN 2011!
Jun 17, 2011 (Jumaat) – Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN
akan menerima sekumpulan besar 3,800 Pengedar dari Thailand yang akan melawat premisnya dan menghadiri makan
malam gala yang dianjur khas oleh Syarikat sebagai tanda penghargaan di Sekolah Menengah Han Chiang.
Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN yang terletak di Bayan Lepas, Pulau
Pinang telah menerima ribuan pelawat sejak sekian lama dan kumpulan pelawat dari Thailand ini adalah
bilangan terbesar dalam sejarahnya. Bangunan Ibu Pejabatnya di Plot 41 telah ditutup selama satu setengah
tahun kerana melalui proses pembinaan besar-besaran dan baru sahaja dibuka semula pada bulan Februari tahun
ini setelah selesai kerja-kerja pembinaanya.
Bangunan Ibu Pejabat 3-tingkat berwajah baru ini, yang akan dibuka secara rasminya pada
23hb Julai 2011, dilengkap infrastruktur canggih. Ia mengandungi sebuah auditorium luas sebagai lokasi
menganjurkan pelbagai acara buat Pengedar; juga tapak pengilangan baru bagi rangkaian produk kelengkapan
tidur, sebuah gudang besar bagi penyimpanan produk siap dan sebuah kafeteria luas untuk Pengedar yang
berkunjung. Lantaran inilah para Pengedar berpusu-pusa datang dari pelbagai tempat untuk melihat dari
dekat mercu tanda kejayaan ZHULIAN.
Selain melawat bangunan yang digunakan sebagai pusat pengoperasian perniagaan MLM
antarabangsa, para pelawat Thailand juga akan berkunjung ke dua lagi bangunan Kumpulan ZHULIAN
yang menempatkan sebuah tapak pengilangan barangan kemas saduran emas dan produk teknologi rumah, dan sebuah
tapak pengilangan yang menghasilkan produk makanan dan minuman serta suplemen nutrisi dan kesihatan yang
memiliki persijilan ISO dan GMP.
Kumpulan Syarikat ZHULIAN telah berkembang pesat di rantau ini sejak
penubuhannya 22 tahun lalu. Pada hari ini, ZHULIAN mempunyai rangkaian meluas lebih
daripada 300 agensi bertauliah dan 500,000 Pengedar di seluruh pelusuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan
Singapura. Perniagaan ZHULIAN di Thailand telah berkembang sejak tahun-tahun kebelakangan
ini dan telah muncul sebagai salah satu syarikat MLM utama di negara tersebut.
|
|
 |
| |
|
Mei 25, 2011 (Rabu) – ZHULIAN telah memperkenalkan
model terbaru BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER! Penulen udara ini menggunakan Teknologi
Ion Mikroplasma canggih dan Sistem Penapisan Pelbagai Tahap termaju bagi menghasilkan persekitaran dalaman
yang lebih sihat dan lebih bersih, yang bebas daripada pencemar udara dalaman. Unit disediakan dengan
penampilan merah menyala untuk kegunaan di rumah atau pejabat.
|
|
 |
| |
|
Mei 9, 2011 (Isnin) – Satu lagi rangkaian produk berkualiti yang
baru dan menakjubkan – GREENLEX, suplemen herba tradisional baru yang dibangunkan oleh ZHULIAN kini
tersedia di semua Agensi Bertauliah!
|
|
 |
| |
|
Menyinar Cetusan Inspirasi di Malam Penganugerahan 2011!
April 25, 2011 (Isnin) – Sejuta syabas dan sekalung tahniah buat semua
Pemimpin terbaik yang telah diraikan dengan penuh kegemilangan pada Malam Penganugerahan 2011 ini.
Pencapaian membanggakan ini menjadi pencetus kepada insan-insan lain untuk berusaha demi mengecapi
kegemilangan sedemikian!
|
|
 |
| |
|
Syabas buat anak-anak cemerlang yang menerima Tabung Pendidikan Amanah 2010/2011 pada Malam Penganugerahan 2011!
April 25, 2011 (Isnin) – Seiring dan sejalan! Tahniah buat 35 pelajar
yang terpilih sebagai penerima Tabung Pendidikan Amanah bagi tahun akademik 2010/2011. Sesungguhnya ibu
bapa yang giat mengejar kejayaan di ZHULIAN tidak pernah mengabai tanggungjawab mendidik
anak-anak untuk mengejar kecemerlangan pelajaran!
|
|
 |
| |
|
Mereka Yang Terbaik di Antara Yang Terbaik akan terpukau dengan keasyikkan pelancongan sempena Forum Antarabangsa Diamond 2011 ke Dubai!
Mac 11, 2011 (Jumaat) – Menghitung hari! Syabas! DIF 2011 akan
berlangsung pada 28 Mac – 3 April 2011. Dengan ini, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk para
Pemimpin cemerlang ZHULIAN bersiap sedia untuk merasai keterujaan menerokai salah sebuah Bandar termaju
di dunia!
|
|
 |
| |
|
Melancong ke Shanghai, China atau melakukan ibadah Umrah & Ziarah…
Mac 11, 2011 (Jumaat) – Tahniah! Para Pengedar yang telah berjaya
mencapai kelayakan Insentif Pelancongan 2010/2011 telah disenaraikan. Peluang pelancongan menakjubkan ini
khas buat mereka yang telah memenuhi syarat dalam dari bulan jualan Oktober 2010 sehingga bulan jualan
Januari 2011! Bagi yang sudah layak, nantikan notis tentang tarikh bertolak!
|
|
 |
|
|
Pengumuman Destinasi Forum Antarabangsa Diamond 2012….Perth, Australia!
Mac 4, 2011 (Jumaat) - Jangan berlengah! Destinasi bagi acara tahunan
Forum Antarabangsa Diamond bagi tahun 2012 ialah Perth, Australia! Lipatgandakan usaha dan semangat untuk
bersama-sama menerokai keindahan kota moden yang bersih, cantik dan menenangkan ini. Tiada ganjaran yang
lebih membahagiakan daripada nikmat keseronokan yang diperolehi selepas penat memerah keringat!
|
|
 |
|
|
Pakej Insentif Keemasan yang lebih memberi ganjaran akan berkuatkuasa mulai Bulan Jualan Januari 2011!
Jan 10, 2011 (Isnin) - ZHULIAN memulakan Tahun Baru 2011 dengan inisiatif baru yang pasti akan
merangsang keyakinan dan semangat para Pengedar! Berkuatkuasa mulai Bulan Jualan Januari 2011, semua
Pengedar akan menikmati peratusan lebih tinggi bagi Bonus Pencapaian Kumpulan Peribadi / Personal Group
Achievement Bonus (7%), Bonus Perkembangan Kepimpinan / Leadership Development Bonus (21%), Bonus
Pencapaian Diamond / Diamond Achievement Bonus ( 7%) dan Tabung Kereta / Car Fund (3%). Bermakna, tidak
termasuk Keuntungan Runcit / Retail Profit dan Forum Antarabangsa Diamond / Diamond International Forum,
sejumlah 62% daripada BV Syarikat dibayar kepada Pengedar yang layak, iaitu bersamaan peningkatan 10%
berbanding pakej sebelumnya yang menawarkan 52%. Selain itu, Pelan Perniagaan Keemasan baru ini turut
memudahkan syarat kelayakan pangkat SSM dan RCD.
|
|
 |
|
|
Kempen Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-39 bermula!
Jan 10, 2011 (Isnin) – Gagahi Usaha Yang Terhebat Demi Mengungguli
Prestasi Yang Terhebat! Kempen Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-39 telah bermula sejak 1hb Januari 2011
dan akan berlanjutan sehingga 30hb April 2011 ini. Capailah kelayakan untuk menyertainya dan rebutlah
peluang menimba ilmu dan mengasah kemahiran bersama-sama bagi menjana semangat hebat yang tidak dapat
digambarkan!
|
|
 |
|
|