Language : English | Malaysia | 中文
Acara Terdahulu
Acara > Acara Lalu
Acara 2010 :
 
 
26–28/11/2010
Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-38
 
Seramai lebih 600 Pengedar ZHULIAN telah berhimpun di Hotel Marriott Putrajaya bagi seminar kali ini. Pemimpin cemerlang seperti RCM Juryaini Bt Othman dan RCM Hajjah Jamaliah Bt Esa telah diundang untuk berkongsi ilmu bersama para peserta; Prof. Dr. Azhar Bin Mat Easa turut menyampaikan pelbagai informasi dari pandangan profesional dan Seminar Motivasi “Semangat Juara” oleh Dr. Lawrence Walter Ng cukup memberangsangkan minda dan jiwa para peserta. Melihat riak wajah dan respon yang sungguh baik dari para peserta, jelas sekali mereka telah meraih pelbagai azimat berharga melalui Seminar yang dianjurkan!
 
19–24/10/2010
Pertemuan Para Juara Mengusaha Kurnia Menjelang Fajar 2011
Seberang Jaya, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Johor Bahru
 
Bertema “Kecundang Berubah Cemerlang, Cemerlang Jadi Terbilang!”, tiga pemimpin ZHULIAN yang cukup dihormati iaitu RCD Hajjah Ramlah Bt Abu Bakar, RCM Hajjah Latipah Bt Sabtu dan RCM Juryaini Bt Othman telah meniupkan semangat para Pengedar sebagai persediaan mencipta kecemerlangan di tahun 2011
 
28/09/2010
Majlis Penghargaan Royal 2010
Ritz-Carlton, Kuala Lumpur
 
Sebagai pertemuan mesra sempena sambutan Aidilfitri dan tanda penghargaan pihak Syarikat terhadap sumbangan para Pemimpin Royal, Pihak Pengurusan telah berbesar hati mengundang khas para Royal ke majlis ini untuk menyediakan satu medan perbincangan dua-hala ke arah penambahbaikan perniagaan keemasan ZHULIAN
 
31/07 - 01/08/2010
Program Lawatan Khas ke Ibu Pejabat / Seminar Orientasi Diamond
Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN / Hotel Equatorial, Pulau Pinang
 
Pagi hari pertama, para Pemimpin Diamond baru seramai 80 orang telah dibawa melawat Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN untuk melihat dari dekat proses-proses yang terlibat di dalam penghasilan produk-produk berkualiti jenama ZHULIAN. Seterusnya, Seminar Orinetasi Diamond yang bertujuan memperlengkapkan ilmu dan membuka minda para Pemimpin Diamond untuk berdepan dengan cabaran masa depan masing-masing telah berlangsung. Dalam seminar ini, para peserta berpeluang memperolehi panduan, kemahiran dan ilmu secara langsung daripada para Pemimpin yang tidak asing lagi di ZHULIAN!
 
30/07/2010
Lawatan Kilang – Delegasi Thailand
Ibu Pejabat Antarabangsa ZHULIAN, Pulau Pinang
 
Seramai 440 pelawat dari ZHULIAN (THAILAND) LTD. telah diraikan kedatangan mereka oleh kakitangan di Ibu Pejabat sempena acara Lawatan Kilang. Mereka telah dibawa meninjau pelbagai Jabatan yang terlibat di dalam operasi seharian Dunia Keemasan ZHULIAN. Aktiviti ini bukan sahaja membolehkan para Pengedar mengenali secara lebih dekat tentang bagaimana Ibu Pejabat ZHULIAN beroperasi, tetapi juga bagi merapatkan hubungan antara para Pengedar dari Thailand dengan semua kakitangan Ibu Pejabat.
 
03/07 – 25/07/2010
Bengkel Pengedar Terunggul 2009
Kota Bharu, Seberang Jaya, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka
 
Sepanjang bulan Julai yang lalu, Pengedar Terunggul 2009 RCM Zainon Bt Mohamed telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk mengendalikan bengkel Pengedar Terunggulnya di 5 lokasi terpilih, yang berfokus kepada perkongsian kisah perjuangan dan petua kejayaan beliau. Kejayaan cemerlang, diiringi keperibadian yang cemerlang, membuatkan para hadirin bersemangat mendengar kata-kata dan meneladani keunggulan Pengedar Terunggul ini.
 
25/06 - 28/06/2010
Pelancongan Insentif ZHULIAN 2009
Jakarta-Bandung, Indonesia
 
18/06 – 20/06/2010
Seminar Kepimpinan Kebangsaan Ke-37
Hotel First World, Genting Highlands, Pahang
 
22/05 – 29/05/2010
Forum Antarabangsa Diamond 2010
Osaka-Kobe-Kyoto, Japan
 
01/05/2010
Malam Penganugerahan 2010
Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur
 
03/04/2010
Hari Penganugerahan
Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu
 
28/03/2010
Hari Penganugerahan
Hotel The Summit, Subang USJ, Selangor
 
27/03/2010
Hari Penganugerahan
Avillion Legacy Melaka, Melaka
 
21/03/2010
Hari Penganugerahan
NTUC, Singapore
 
20/03/2010
Hari Penganugerahan
Hotel New York, Johor Bahru
 
07/03/2010
Hari Penganugerahan
Pusat Konvensyen Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang
 
28/02/2010
Persidangan Agensi Kebangsaan Ke-28
Hotel Marriott, Putrajaya
 
27/02/2010
Seminar Gagasan 1 Zhulian
Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya
 
30/01/2010
Program Lawatan Khas Plot 3
ZHULIAN Plot 3 / Pusat Konvensyen Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang