Tawaran Pembelian Pukal Bagi Rangkaian Penjagaan Rumah XTRA WASH Telah Bermula!
Thursday, April 21, 2022



Woohoo! ZHULIAN melancarkan Promo Bundle Deal bagi rangkaian produk XTRA WASH terpilih mulai hari ini selama 2 bulan.  Melalui promo ini, satu tiub ShineZap akan diberikan sebagai HADIAH PERCUMA bagi setiap pembelian 6 botol secara pukal bagi Pencuci Pinggan, Pencuci Mozek, Pencuci Lantai atau Pencuci Pekat Pelbagai-Guna XTRA WASH bersama 1 botol Serbuk Peluntur Ultra White XTRA WASH, atau pembelian 4 botol secara pukal bagi Serbuk Peluntur Ultra White XTRA WASH.  Selain itu, pembelian 7 botol secara pukal bagi Serbuk Peluntur Ultra White XTRA WASH akan mendapat 2 tiub ShineZap secara PERCUMA.  

Rangkaian produk XTRA WASH diketahui menawarkan kelebihan "Pencucian Lebih Banyak dengan Penggunaan Lebih Sedikit" yang berkuasa dan terbukti, manakala ShineZap adalah pencuci logam mesra-alam yang berupaya menanggalkan kusam, karat atau kesan degil pada kebanyakan permukaan logam, terutamanya pada peralatan memasak dan perhiasan logam.

Kunjungi Agensi ZHULIAN berhampiran anda hari ini untuk merebut tawaran unik ini sekarang!  Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila klik: https://bit.ly/PromoBundleDealXTRAWASH.

Comments (0)