ZHULIAN DIIKTIRAF DENGAN "THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS E-BRANDING AWARDS 2021"
Tuesday, November 23, 2021



ZHULIAN berbangga menerima anugerah berprestij yang mengiktiraf usaha kita dalam mengglobalisasikan jenama kita di pasaran Halal dunia - THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS E-BRANDING AWARDS 2021 bagi THE CONSUMER GENERAL HEALTH SUPPLEMENT CATEGORY. Anugerah ini adalah satu lagi penanda aras utama bagi Kumpulan di dalam usaha mengetengahkan jenama ZHULIAN secara global sebagai sebuah lambang piawaian dan kualiti antarabangsa. Kemenangan ini semestinya meningkatkan kelebihan saingan di arena antarabangsa sebagai satu jenama bernilai hebat yang kekal teguh dalam mendepani norma baharu. ZHULIAN Industries Sdn Bhd adalah bahagian pengilangan bagi Kumpulan ZHULIAN yang menghasilkan rangkaian produk Makanan & Minuman serta Suplemen Nutrisi & Kesihatan. Syarikat pegangan pelaburannya, ZHULAN CORPORATION BERHAD adalah sebuah syarikat tersenarai awam yang berstatus patuh Syariah.

Comments (0)