Kuih Sagu Kordial Ros Squeezy

Ramuan

Cara-cara

  1. Campurkan air dan Kordial Ros Squeezy hingga sebati. Kemudian masukkan sagu putih dan rendam kira-kira 30 minit sehingga kembang.
  2. Tos kering sagu yang telah direndam tadi.
  3. Masukkan Homsweet ke dalam sagu dan kacau rata.
  4. Tuang adunan sagu ke dalam loyang. Tidak perlu tekan padat. Cukup sekadar ratakan sagu ke dalam loyang.
  5. Kukus dalam periuk pengukus kira-kira 35 minit atau sehingga sagu kelihatan jernih dan berkilat. Biarkan sejuk.
  6. Setelah sejuk, potong sagu mengikut saiz yang diingini dan gaulkan bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. (Kukus sebentar kelapa yang digaul dengan garam agar tidak cepat basi.)