Kek Mentega Zebra dengan Kopi Pracampur Dengan Kolagen & Kacip Fatimah Zhulian

Ramuan

Cara-cara

  1. Alaskan dulang pembakar bulat 7 inci dengan kertas pembakar, dan sapukan kertas dengan sedikit mentega. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170°C.
  2. Ayakkan tepung naik sendiri dan bahagikan kepada 3 bahagian dan ketepikan. Bahagikan susu segar kepada 3 bahagian juga dan ketepikan.
  3. Tambah 2 sudu air panas ke dalam serbuk Kopi Pracampur Dengan Kolagen & Kacip Fatimah ZHULIAN, dan kacau sebati sehingga serbuk larut.
  4. Campurkan mentega bersama Homsweet sehingga teksturnya gebu dan berkrim. Tambahkan telur satu per satu dan kacau sebati.
  5. Secara berselang-seli, ayakkan dan kaup balik 1 bahagian tepung naik sendiri ke dalam adunan dan tambahkan 1 bahagian susu segar. Ulang 3 bahagian tadi sehingga habis.
  6. Tambahkan esen vanila dan kacau rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bancuhan Kopi Pracampur Dengan Kolagen & Kacip Fatimah ZHULIAN tadi ke satu bahagian adunan tadi.
  7. Sendukkan secara berselang-seli kedua-dua adunan ke tengah-tengah dulang pembakar. Ulang sehingga habis. Hentak perlahan dulang pembakar bagi membebaskan gelembung udara.
  8. Bakar selama 50 minit sehingga masak. Cucuk lidi untuk memastikan kek telah masak di tengahnya.
  9. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan ia sejuk kira-kira 15 minit sebelum ditanggalkan daripada dulang pembakar.