Sekiranya anda bercadang untuk membeli barangan kemas saduran, kemasan bagaimanakah yang anda inginkan? Emas kuning, emas ros atau rhodium? Banyak lagi yang perlu dipertimbangkan selain warnanya.
Anda mungkin bertanya – Apa itu rhodium? Adakah ia lebih baik berbanding emas? Untuk memastikan saduran rhodium sesuai buat anda, mari kita terokai mengenai rhodium. Di sini terdapat fakta menarik mengenai rhodium.
Unsur yang amat jarang ditemui di bumi
Rhodium, sejenis unsur kimia dengan simbol 'Rh' dan nombor atom 45 adalah salah satu unsur yang jarang ditemui di bumi. Kelimpahannya dianggarkan sekitar 0.0001 bahagian per juta. Sejumlah 60% rhodium di bumi datang dari Afrika Selatan, dan penghasilan logam ini di dunia adalah hanya kira-kira 16 tan setahun.
Logam paling bernilai – berharga 6 kali berbanding emas
Rhodium adalah logam berharga yang paling mahal. Dengan berat yang sama, Rhodium memiliki harga yang kira-kira enam kali ganda lebih mahal berbanding emas.
Namanya berasal dari bahasa Yunani
Nama ‘Rhodium’ berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘rhodon’ yang bermaksud bunga mawar. Sebatian rhodium yang pertama kali ditemui adalah berwarna bunga mawar yang cantik.
Pertama kali ditemui oleh orang Inggeris
Rhodium telah ditemui oleh seorang ahli kimia dan fizik Inggeris bernama William Hyde Wollaston pada tahun 1803 di dalam bijih-bijih platinum dari Amerika Selatan. Ia diperolehi sebagai bahan sampingan penghasilan nikel dan platinum.
Kegunaan rhodium
Rhodium biasa digunakan bagi salutan dan saduran, serta elektrod palam pencucuh bagi pesawat.
Ketahanan terhadap kekusaman dan kakisan
Ia adalah rahsia ketahanannya.
Kualiti refleksi tinggi
Barangan kemas dengan saduran rhodium memantulkan sinaran yang anggun mengagumkan.
Lebih keras berbanding emas
Oleh kerana itulah barangan saduran rhodium lebih tahan-calar berbanding barangan saduran emas.
MENGAPA MEMILIH BARANGAN KEMAS SADURAN RHODIUM?
Rhodium berharga kerana warnanya yang putih dan cerah. Barangan kemas saduran rhodium dilitupi selapis rhodium yang nipis, memberikan penampilan warna yang lebih cerah dan menjadikan barangan kemas tersebut lebih menarik serta mencuri perhatian. Apabila logam teras barangan kemas disadur dengan selapis rhodium, ia akan mempertingkatkan lagi kekukuhan barangan kemas tersebut. Berikut adalah beberapa kelebihan barangan kemas saduran rhodium…
Sinar tambahan
Logam teras bagi barangan kemas seperti aloi atau perak mungkin tidak menyerlahkan sinar atau kilauannya. Proses penyaduran rhodium melibatkan penyaduran selapis rhodium yang nipis pada barangan kemas lantas menjadikan logam tersebut jelas lebih putih, dan memberikan kemasan yang membiaskan warna cerah yang menakjubkan.
Hipoalergenik
Perlulah diingat bahawa logam putih berkilauan ini juga hipoalergenik, maka ia tidak mungkin memburukkan lagi keadaan kulit bagi mereka yang alergik. Ia juga bagus buat mereka yang mencari barangan kemas yang tidak menyebabkan kulit menjadi merah, ruam atau gatal.
Ketahanan terhadap kekusaman
Rhodium dikenali kerana kekukuhan dan ketahanannya terhadap kekusaman berbanding logam saduran lain.
Ketahanan terhadap calar
Lapisan saduran rhodium melindungi barangan kemas daripada lekukan, calaran dan hakisan.
Dengan penjagaan yang betul, barangan kemas saduran rhodium dapat bertahan untuk jangka hayat yang lama. Di ZHULIAN, kami menawarkan pelbagai pilihan meluas rekaan barangan kemas saduran rhodium.
Koleksi Tuah adalah koleksi cincin lelaki saduran rhodium terkini yang berteraskan perak 925. Klik E-katalog untuk melihat pilihan rekaan yang ditawarkan.