Untuk memilih kelengkapan memasak terbaik, pelbagai pilihan meluas tersedia di pasaran, dan setiap satunya datang dengan kebaikan dan keburukan tersendiri. Antara pilihan teratas adalah kelengkapan memasak keluli tahan karat. Kelengkapan memasak keluli tahan karat, tahan lasak dan boleh bertahan bertahun lamanya, serta ia juga boleh menyerikan lagi rupa dapur anda dengan permukaannya yang berkilat. Demikian antara sebab mengapa kelengkapan memasak keluli tahan karat menjadi pilihan ramai.
Kelengkapan memasak keluli tahan karat mungkin juga menjadi pilihan di restoran dan pilihan tukang masak kerana penyebaran haba yang sekata, pemanasan yang pantas, versatil bagi memasak pelbagai jenis hidangan, dll. Namun, meskipun memiliki pelbagai kebaikan, masih terdapat perihal dan penjagaan yang perlu diberi perhatian.
Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan bagi mengendalikan Kelengkapan Memasak Keluli Tahan Karat agar ia bertahan lebih lama…
The DO's
- Sentiasa gunakan haba sederhana ke rendah bagi mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
- Garam, gula atau rempah perlu dimasukkan ke atas permukaan makanan sahaja, bukan secara langsung ke permukaan kelengkapan memasak bagi mengelak "tompokan" terbentuk.
- Selepas digunakan dan selepas dicuci, lap kering dengan tuala untuk mencegah kesan air serta untuk mengekalkan kelicinan dan kekilatan permukaannya.
The DON'Ts
- Jangan sekali-kali membiarkan kelengkapan memasak ini dipanaskan untuk jangka masa yang lama tanpa sebarang air atau cecair di dalamnya.
- Jangan tuang air sejuk untuk menyejukkan kelengkapan memasak yang panas. Ia akan menyebabkan percikan air yang panas dan merosakkan kelengkapan memasak ini lalu menjejaskan ketahanannya.
- Jangan menggunakan kelengkapan memasak ini di dalam ketuhar gelombang mikro.
- Elakkan sebarang hentakan, ketukan keras atau kuat dengan permukaan yang keras.
- Jangan menggunakan minyak masak melebihi 1/3 kapasitinya ketika menggoreng secara terendam.
- Jangan menggunakan bahan yang kasar atau kesat bagi tujuan mencuci.
Keunikan Cookline X Premium Kitchen Cookware
Cookline X Premium Kitchen Cookware daripada ZHULIAN diperbuat daripada keluli tahan karat. Ia adalah binaan 3-lapis yang terdiri daripada Keluli Anti-Kakisan Tahan Karat 304, Aluminium Tulen Bermutu Tinggi dan Keluli Tahan Karat 430 Berkecekapan Induksi Tinggi yang meliputi sehingga kesemua sisinya. Ia menawarkan ciri-ciri yang sesuai digunakan oleh seorang amatur mahupun tukang masak handalan!
Binaan Dengan Teknologi Salutan-Berlapis 3-Lapis
Cookline X menawarkan kekonduksian haba yang hebat. Apabila menggunakan kelengkapan memasak ini, mulakan dengan tahap haba yang tinggi ke sederhana, dan beransur-ansur turunkan ke tahap haba sederhana ke rendah. Dengan penyebaran haba yang sekata dan pengekalan haba yang cekap, makanan akan dapat dimasak secara sekata, pantas (lebih banyak penjimatan tenaga!) dan lebih menyihatkan tanpa kehilangan nutrien.
Kaedah Memasak Yang Lebih Menyihatkan
Anda boleh memilih untuk memasak dengan menggunakan cecair semula jadi yang terdapat di dalam makanan bagi mengekalkan nilai nutrisi makanan, warna, nutrien tanpa kehilangan rasa semula jadinya, atau memasak menggunakan minyak/lemak semula jadi yang terdapat pada makanan untuk mengurangkan penggunaan minyak tambahan yang mungkin memudaratkan kesihatan.
Selamat bagi Penggunaan Harian
Ia menggunakan Teknologi Gilapan Termaju bagi memastikan permukaan yang licin dapat mencegah makanan melekat. Permukaan kelengkapan memasak ini tiada salutan, maka tiada risiko berlaku kupasan berbahaya. Ia juga tidak reaktif, bebas PTFE (politetrafluoroetilenae) dan bahan kimia PFOA (asid perfluorooktanoik).
Waranti Produk Terhad 20 Tahun
Apa lagi yang perlu dikatakan? Ia adalah lambang komitmen dan keyakinan kami terhadap kelengkapan memasak ini.
Temui Keseronokan Memasak Melalui
Cookline X Premium Kitchen Cookware!