BARANGAN KEMAS ZHULIAN POLISI WARANTI SERVIS
POLISI WARANTI SERVIS TERHAD ini terpakai pada semua barangan kemas yang dikembalikan untuk servis dan tertakluk kepada Terma dan Syarat seperti yang ditetapkan oleh Syarikat, berkuatkuasa mulai 7hb Mac 2025.Ā Syarikat berhak untuk mengemaskini atau merubah terma dan syarat tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
Ā
TERMA DAN SYARAT BAGI TUNTUTAN WARANTI / SERVIS BARANGAN KEMAS:
Ā
-
WARANTI SERVIS TERHAD ini merangkumi KOS KERJA PERCUMA bagi servis penyaduran semula (terpakai bagi barangan kemas saduran emas sahaja).
-
Yuran pengendalian, caj emas bagi penyaduran semula serta caj servis yang lain akan dikenakan secara berasingan, mengikut kadar yang berkenaan.
-
Serahkan barangan kemas yang perlu diservis melalui mana-mana Agensi Bertauliah ZHULIAN.
-
Kad Waranti Servis hanya sah jika dilekatkan label harga asal barangan kemas berkenaan dan perlu diserahkan bersama barangan kemas yang ingin diservis.
-
Sekiranya label harga pada Kad Waranti Servis didapati tidak lengkap, rosak, diubah atau tidak sepadan dengan barangan kemas berkenaan, maka ia akan diklasifikasikan sebagai "servis tanpa kad waranti"Ā (JW441).
-
Syarikat berhak menerima atau menolak sebarang permintaan terhadap servis barangan kemas, bergantung kepada keadaan barangan kemas yang dikembalikan.
-
Yuran pengendalian sebanyak RM18.00 bagi setiap satu barangan kemas (termasuk 8% cukai perkhidmatan) (JW430)Ā perlu dibayar semasa penyerahan barangan kemas.
-
Servis barangan kemas akan diberikan hanya selepas menerima pembayaran penuh, termasuk servis tambahan yang disarankan oleh Syarikat dan dipersetujui secara jelas oleh Pelanggan.
-
Yuran pengendalian tidak boleh dipulangkan, tidak kira sama ada Syarikat menerima atau menolak barangan kemas berkenaan untuk diservis.
-
Jenis-jenis servis dan caj yang dikenakan adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara mutlak Syarikat.
Ā
A. CAJ PENYADURAN SEMULA:
Ā
Caj emas ditentukan berdasarkan kerumitan rekaan dan jumlah emas yang diperlukan. Servis ini disediakan bagi barangan kemas saduran emas sahaja; TIDAK termasuk barangan kemas saduran rhodium, barangan kemas saduran emas ros serta barangan kemas saduran dua tona. Penentuan caj dikategorikan mengikut kadar Harga Pelanggan (Customer Price - CP) terkini.
Bagi barangan kemas yang dikembalikan dengan kad waranti, caj emas penyaduran semula adalah mengikut kadar piawai berikut.Ā Bagi barangan kemas yang dikembalikan tanpa kad warantiĀ (JW441), caj emas penyaduran semula akan dikenakan sebanyak 35% daripada Harga Pelanggan (CP) terkini barangan kemas berkenaan.
Ā
Jadual Caj Emas Penyaduran Semula Piawai:
PSCODE | KADAR HARGA CP TERKINI BARANGAN KEMAS | CAJ EMAS SETIAP SATU BARANGAN (RM) |
---|---|---|
JW440/01 | Sehingga RM99 | 15.00 |
JW440/02 | RM100 dan ke atas | 20.00 |
JW440/03 | RM150 dan ke atas | 25.00 |
JW440/04 | RM200 dan ke atas | 35.00 |
JW440/05 | RM250 dan ke atas | 45.00 |
JW440/06 | RM300 dan ke atas | 55.00 |
JW440/07 | RM400 dan ke atas | 70.00 |
JW440/08 | RM500 dan ke atas | 85.00 |
JW440/09 | RM600 dan ke atas | 105.00 |
JW440/10 | RM700 dan ke atas | 130.00 |
JW440/11 | RM800 dan ke atas | 155.00 |
JW440/12 | RM900 dan ke atas | 180.00 |
JW440/13 | RM1,000 dan ke atas | 205.00 |
Ā
Ā
B. JENIS-JENIS SERVIS & CAJ-CAJ LAIN:
Ā
Semua servis yang disenaraikan di bawah mesti dilakukan bersama servis penyaduran semula. Pengecualian adalah hanya bagi *JW418 and JW419Ā yang tidak memerlukan servis penyaduran semula.
Caj penyaduran semula ditentukan berdasarkan kadar harga barangan kemas berkenaan, seperti yang dinyatakan pada Jadual Caj Emas Penyaduran Semula Piawai.
Sekiranya didapati bahagian-bahagian tertentu pada barangan kemas tersebut telah hilang, penggantiannya adalah diwajibkan, dan caj servis yang sepadan akan dikenakan.Ā Pelanggan akan dimaklumkan mengenai kos penggantian sebelum servis diteruskan.
PSCCODE | JENIS SERVIS BARANGAN KEMAS | CAJ SERVIS SETIAP SATU BARANGAN (RM) |
---|---|---|
JW411 | Penggantian Penutup Subang (1 pasang) | 35.00 |
JW412 | Penggantian Hiasan Loceng | 35.00 |
JW413 | Penggantian Hiasan Hati Kecil | 35.00 |
JW414 | Penggantian Cangkuk Bulat | 35.00 |
JW415 | Penggantian Rantai Keselamatan | 35.00 |
JW416 | Penggantian Cangkuk 'S' | 35.00 |
JW417 | Penggantian Pin Kerongsang Saduran Emas | 35.00 |
JW418 | Penggantian Pin Kerongsang Saduran Rhodium* | 35.00 |
JW419 | Penggantian Pin Kerongsang Saduran Emas Ros* | 35.00 |
JW420 | Penggantian / Pembaikian Batang Subang yang Rosak | 35.00 |
JW421 | Penggantian Hiasan Hati Bergantung dengan Cangkuk Bulat | 50.00 |
JW422 | Penggantian Hiasan Hati Bergantung dengan CZ & Cangkuk Bulat | 50.00 |
JW423 | Penggantian Hiasan Kunci | 50.00 |
JW424 | Penggantian Magnet (M-belt) | 50.00 |
JW425 | Penggantian Magnet (Rantai Tangan & Gelang Tangan) | 50.00 |
JW426 | Penggantian Serampang yang Patah | 50.00 |
JW427 | Penggantian Batuan Berwarna Berbentuk Bujur | 50.00 |
JW428 | Penggantian CZ Jernih atau Batuan Berwarna Berbentuk Bulat | 35.00 |
JW429 | Penggantian Mutiara Sintetik | 35.00 |
Ā
C.Ā TRADE-IN / PERTUKARAN: (JW451)
Ā
Permintaan bagi ātrade-inā/pertukaran barangan kemas yang tidak boleh dibaiki adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:
-
Syarikat atas budi bicara mutlak berhak untuk menentukan sama ada barangan kemas yang tidak boleh dibaiki tersebut layak ditukar.
-
Barangan kemas diklasifikasikan sebagai tidak boleh dibaiki jika ia memenuhi mana-mana syarat seperti berikut:
a)Ā Berubah bentuk,
b)Ā Ā Patah atau rosak
c)Ā Ā Terlalu nipis
-
Barangan kemas yang tidak dikilangkan oleh Syarikat tidak layak untuk 'trade-in' atau pertukaran.
-
Barangan kemas yang sengaja dirosakkan tidak layak 'trade-in' atau pertukaran.
-
Pembeli boleh menukar barangan kemas yang tidak boleh dibaiki dengan barangan kemas baru yang sama rekaan secara membayar baki iaitu selepas menolak 50% daripada Harga Pelanggan (CP) terkini bagi barangan kemas yang tidak boleh dibaiki tersebut.
-
Sekiranya barangan kemas yang sama rekaan telah diberhentikan pengeluarannya atau tidak ada stok, pembeli boleh menukarnya dengan barangan kemas lain yang Harga Pelanggannya (CP) bersamaan atau lebih tinggi berbanding Harga Pelanggan (CP) terkini bagi barangan kemas yang tidak boleh dibaiki tersebut, mengikut kiraan bayaran baki yang sama.
-
Trade-in / Pertukaran barangan kemas baru dengan Harga Pelanggan (CP) yang lebih rendah berbanding Harga Pelanggan (CP) terkini bagi barangan kemas yang tidak boleh dibaiki adalah tidak dibenarkan.
-
Terma dan Syarat bagi 'trade-in'/pertukaran adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.
Ā
Ā
TERMA PERKHIDMATAN
Ā
Ā
SERVIS PENYADURAN SEMULA (RE-ELECTROPLATING)
Ā
Sila rujuk āPOLISI WARANTI SERVIS BARANGAN KEMAS ZHULIANā yang berkuat kuasa pada 7 Mac 2025 untuk butiran lanjut mengenai caj yang dikenakan.
Ā
TRADE-IN / PERTUKARAN
(UNTUK BARANGAN KEMAS YANG TIDAK BOLEH DIBAIKI)
Ā
Contoh: Jika CP Terkini ialah RM120.00, nilai TRADE-IN ialah RM60.00 Pelanggan perlu membayar RM60.00
(i) Berubah Bentuk
(ii) Patah atau Rosak
(iii) Terlalu Nipis
Sila rujuk pada CONTOH di bawah ini untuk illustrasi produk yang diklasifikasikan sebagai TIDAK BOLEH DIBAIKI (āUnrepairableā):-
Ā
Keadaan ini boleh menjalani TRADE-IN tertakluk kepada terma dan syarat sepertimana yang ditetapkan.
Ā
SERVIS PENGGANTIAN BAHAGIAN BARANGAN KEMAS YANG HILANG
(āMISSING PARTSā)
Ā
Ā
KAD JAMINAN SEDIA ADA
Ā