Biskut Hati Nutrium
Ramuan
- 200 g tepung
- 1 sudu kecil Serbuk Penaik
- 90 g Mentega Bergaram
- 30 g Fruktosa Kristal Asli Homsweet
- 1 biji telur
- 2 sacet Nutrium
Cara-cara
- Adunkan mentega bergaram dan Fruktosa Kristal Asli Homsweet sehingga sebati.
- Masukkan telur, adun 60 saat sehingga tekstur menjadi ringan dan gebu.
- Campur tepung, Nutrium dan serbuk penaik, lalu adunkan lagi sehingga sebati.
- Bulatkan adunan menjadi doh. Masukkan ke dalam beg plastik dan gelek adunan sehingga senipis 0.5 cm. Sejukkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
- Gunakan acuan berbentuk 'hati' untuk menerap adunan.
- Bakarkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15-20 minit. Kemudian, biarkan di dalam ketuhar 10 minit agar biskut betul-betul kering sebelum dikeluakan.
- Simpanlah biskut di dalam balang setelah ia sejuk.