Kuih Lapis Nyonya Pelangi Squeezy

Cara-cara
- Didihkan daun pandan, air dan Homsweet sehingga fruktosa larut sepenuhnya. Biarkan larutan sirap ini sejuk..
- Adunkan tepung pulut dan tepung beras ke dalam larutan sirap tadi, kemudian masukkan santan kelapa dan kacau sebati sehingga menjadi adunan yang licin.
- Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk berasingan. Tambahkan Kordial Ros Squeezy ke 1 bahagian dan kacau rata; tambahkan Kordial Oren dengan Pekatan Jus SQUEEZY ke 1 bahagian lagi dan kacau rata. Biarkan 1 bahagian asal (tanpa campuran).
- Sapu dulang pengukus 7" dengan selapis minyak. Tuang selapis nipis satu bahagian ke dalam dulang pengukus dan kukus selama 3 minit. Ulang menuang dan mengukus ketiga-tiga bahagian secara berselang-seli warna.
- Ulang sehingga terhasil 9 lapisan. Kukus lapisan terakhir sehingga 10 minit.
- Setelah masak dan sejuk sepenuhnya, keluarkan kuih lapis daripada dulang pengukus. Potong kuih lapis dengan pisau yang disapu minyak atau pisau plastik licin bagi mengelak lekitan.