10 DISIPLIN SEBAGAI PEMIMPIN SEJATI
  • 3423
  • 0
  • 0

Seorang Pemimpin Sejati adalah seorang Pemimpin yang akan berusaha untuk membangunkan keterampilan rangkaiannya agar kesemua ahli mencapai potensi sepenuhnya. Beliau memimpin melalui teladan dan memantapkan hubungan yang boleh dipercayai bagi memastikan kejayaan rangkaian secara menyeluruh.

 

Adakah mereka perlu lantang memberi perintah dan mengawal orang lain bagi memastikan kejayaan dicapai? Tidak semestinya kerana realitinya, semakin tegas seseorang itu cuba untuk mengawal orang lain, semakin lemah pengaruhnya dan ia akan meninggalkan kesan yang sebaliknya.

 

Di sini disenaraikan 10 disiplin yang harus dijadikan amalan untuk menjadi seorang Pemimpin Sejati:-

 

 

DISIPLIN #1: Pemimpin Sejati adalah cekal dan tabah

Adakah anda mudah bergoyah atau berputus asa? Anda harus cekal, tabah dan tidak gentar apabila berada dalam keadaan yang mencabar serta fokus pada matlamat.

 

 

DISIPLIN #2: Pemimpin Sejati adalah komited untuk mengorbankan masa dan tenaga

Adakah anda sanggup terus melaburkan masa dan tenaga untuk melakukan apa yang sewajarnya terutamanya '4S' iaitu Selling (Penjualan), Sponsoring (Penajaan), Servicing (Perkhidmatan) dan Schooling (Pengajaran)? Pemimpin Sejati akan sentiasa tekun dan gigih memastikan segala usaha akan membuahkan kejayaan.

 

 

DISIPLIN #3: Pemimpin Sejati suka bekerja secara berkumpulan

Dalam bidang MLM, tiada siapa yang bekerja sendirian mampu mencapai kejayaan. Seorang Pemimpin Sejati gemar berdamping dengan rakan-rakan seperjuangan, baik upline, sideline mahupun downline kerana mereka yang mempunyai rangkaian yang kukuh sahaja mampu mengekalkan prestasi yang hebat.

 

 

DISIPLIN #4: Pemimpin Sejati adalah bijak dan cermat merancang

Perancangan amatlah penting dalam setiap usaha kita. Apabila melaksanakan sesuatu projek, adakah anda merancang secara terperinci? Seorang Pemimpin perlu berani tetapi tidak boleh bertindak secara melulu. Pemimpin Sejati akan bijak menyesuaikan diri mengikut situasi dan sentiasa memastikan tersedianya pelan sokongan (back-up plan) atau rancangan luar jangkaan (contingency plan) agar risiko dapat diminimumkan.

 

 

DISIPLIN #5: Pemimpin Sejati fokus kepada cara penyelesaian dan bukannya masalah

Ketika berdepan masalah, adakah anda menghabiskan masa menyalahkan ini dan itu? Adakah anda menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri, sedangkan masalah itu amat kecil tetapi dibesar-besarkan? Pemimpin Sejati tidak akan menghabiskan masa merungut, tetapi memberi keutamaan untuk mengenalpasti punca masalah dan terus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

 

DISIPLIN #6: Pemimpin Sejati sanggup berkongsi kebaikan dengan orang lain

Adakah anda seorang yang menitikberatkan kepentingan bersama atau kepentingan diri sendiri sahaja? Seorang Pemimpin Sejati akan sentiasa mengamalkan strategi 'win-win' dan mempunyai rakan-kongsi atau pengikut yang setia bersama kerana sikap yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa menitikberatkan kepentingan bersama.

 

 

DISIPLIN #7: Pemimpin Sejati sentiasa ingin melakukan penambahbaikan

Adakah anda mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai? Sudah berapa lama anda menghadiri ZOOM Live atau Webinar anjuran Syarikat atau Pemimpin lain? Seorang Pemimpin patut melangkah keluar dari zon selesa untuk memajukan diri dan perlu selalu aktif dan proaktif agar menjadi lebih cemerlang.

 

 

DISIPLIN #8: Pemimpin Sejati berani melakukan pembaharuan

Adakah anda seorang yang suka membuat eksperimen atau mecuba cara yang berbeza? Pemimpin Sejati sentiasa kreatif dan inovatif dalam cara kerja atau suka mengamalkan pendekatan yang baru ketika mengendalikan perniagaan. Contohnya, mengikut tren terkini untuk mengendalikan demo atau persembahan produk melalui siaran langsung FB Live dan sebagainya.

 

 

DISIPLIN #9: Pemimpin Sejati adalah pelajar sepanjang hayat

Adakah anda anggap belajar hanya membazirkan masa dan wang? Adakah anda pastikan diri anda belajar sesuatu ilmu yang baru setiap hari? Adakah anda memanfaatkan ZHULIAN Scope, Website ZHULIAN, Telegram ZHULIAN Malaysia, laman Facebook ZHULIAN untuk membuat sales dan sponsoring? Sudahkah anda menguasai kemahiran pemasaran media sosial? Usahawan Sejati sentiasa membuka minda untuk menerima idea, pengetahuan dan maklumat baru kerana kita semua berada dalam era teknologi maklumat yang memerlukan sikap yang peka dan pantas berkomunikasi serta bertindak.

 

 

DISIPLIN #10: Pemimpin Sejati mempunyai misi yang murni

Adakah matlamat anda memperjuangkan perniagaan ZHULIAN hanyalah kerana wang ringgit semata-mata? Pemimpin Sejati tidak memikirkan kepentingan diri yang terhad kepada kekayaan dan kebendaan sahaja tetapi lebih dari itu. Selaku Pemimpin di ZHULIAN, anda boleh membantu orang lain mengubah hidup mereka dan memiliki kejayaan. Apabila orang lain berjaya, anda juga akan lebih berjaya. Di samping memperolehi pendapatan yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan, seseorang itu juga boleh menikmati kecantikan dan kesihatan dari dalaman ke luaran…Bukankah ini misi yang amat murni untuk anda semua?

 

 

True leadership lies in guiding others to success. In ensuring that everyone is performing at their best, doing the work they are pledged to do and doing it well. ~ Bill Owens

Sesungguhnya Pemimpin Sejati bukan disebabkan oleh kehebatan, kedudukan atau prestij. Ia adalah tentang bagaimana menyerlahkan potensi orang-orang bawahan di sekelilingnya untuk sama-sama mengecapi kejayaan masing-masing yang selayaknya!

Comments (0)