ALTERNATIF PANTAS LAGI BERKESAN UNTUK MENANGGALKAN KESAN KOTORAN PADA PAKAIAN
  • 1374
  • 0
  • 0

KESAN KOTORAN!  Ia boleh berlaku kepada kita semua, bukan hanya kepada kanak-kanak. Anda boleh cuba sedaya upaya namun kesan kotoran pada pakaian adalah mustahil untuk dielakkan! Sama ada daripada tumpahan Teh Tarik semasa sarapan pagi, kuah kari yang terpercik semasa anda tergesa-gesa makan sewaktu tengah hari atau minyak masak yang terletup dari ikan yang anda goreng dalam kuali untuk makan malam ~ ini adalah antara punca-punca kesan kotoran yang biasa terkena pada pakaian yang mungkin tidak mudah dibersihkan dengan cara cucian biasa.

 

Masa terbaik untuk memproses kesan kotoran adalah secepat mungkin kerana kesan kotoran baru adalah lebih mudah ditanggalkan berbanding kesan kotoran yang telah kering ke dalam fabrik. Walau bagaimanapun, pada ketika anda tidak dapat membersihkannya serta-merta, usahakan untuk menanggalkan kesannya sebelum dimasukkan ke dalam mesin cuci (atau mencuci dengan tangan) dan sebelum bercampur dengan seluruh pakaian kotor anda yang lain. Kesan kotoran yang tidak dibersihkan terlebih dahulu boleh menyebabkan ia meresap ke dalam fabrik atau merebak ke pakaian lain dalam muatan cucian anda. Dan, sebelum anda mula membersihkannya (atau menjadikannya lebih teruk dengan menyebabkan kesan kotoran kekal!), mula-mula sekali adalah mengenal pasti jenis kesan kotoran dan cara membersihkannya!

  

 

 

Tindakan Cepat Adalah Penting

Untuk kesan kotoran yang baru, serap sebanyak mungkin cecair/kotoran menggunakan kain putih yang bersih atau kertas tisu. Jangan gosok pada kesan tersebut, terutamanya jika anda menggunakan kain berwarna gelap. Untuk tumpahan yang tebal seperti gumpalan sos tomato, ceduk atau kikis lebihan pepejal menggunakan bahagian tumpul peralatan seperti sudu, belakang pisau, dll. Jangan gosok pada permukaan kesan kotoran tersebut kerana ia boleh meresap masuk ke dalam kain.

 

 

 

Tentukan Jenis Kesan Kotoran

Kotoran tidak dapat dielakkan maka adalah baik untuk sentiasa bersiap sedia dengan produk penanggal kotoran di rumah. Walau bagaimanapun, anda perlu mengenal pasti punca kesan kotoran untuk menanganinya secara berkesan. Adakah ia berasaskan air (kopi, air kencing, pewarna air, dll.)? Atau adakah ia berasaskan minyak (berasaskan petroleum: gris, solekan, krayon; asas sayuran: minyak masak, salad dressing)? Adakah anda perlu menggunakan produk penanggal kotoran dengan air sejuk, air suam atau air panas? Tiada peraturan ditetapkan untuk suhu air terbaik bagi menghilangkan kotoran. Namun secara amnya, gunakan air sejuk untuk menanggalkan kotoran, dan hanya gunakan air panas bagi kotoran berasaskan petroleum. Ingatlah untuk sentiasa menyemak label penjagaan pakaian anda untuk arahan penjagaan yang khusus.

 

 

 

Bagaimana Menghilang Kesan Kotoran dengan Berkesan?

Terdapat pelbagai cara bagi menghilangkan kesan kotoran. Ramuan di dapur seperti cuka putih, jus lemon, garam, soda penaik, dll adalah antara yang biasa digunakan bagi mengatasi kotoran tertentu. Walau bagaimanapun, ada yang berkesan dan ada yang tidak, sementara ada yang mengambil masa yang lebih lama atau beberapa kali cucian untuk mendapatkan hasil yang jelas.

 

Pilihan terbaik anda adalah dengan menggunakan penanggal kesan kotoran mahupun detergen berasaskan enzim yang boleh membantu untuk memecahkan ikatan antara kotoran dan fabrik. Peluntur oksigen juga boleh digunakan kerana secara umumnya ia selamat untuk semua jenis fabrik, kecuali sutera dan bulu bebiri. Tetapi, anda dinasihatkan untuk menguji produk yang dipilih pada bahagian tersembunyi pakaian bagi memastikan tiada kerosakan pada warna atau material pakaian kerana sesetengah fabrik mungkin akan luntur warnanya. Untuk pra-merawat kesan kotoran, menyembur penanggal kesan kotoran adalah lebih berkesan berbanding merendam dengan detergen dan peluntur oksigen!

 

 

 

Bagaimana Menggunakannya….

Penyembur Penanggal Kesan Kotoran

  1. Sembur penaggal kesan kotoran pada kawasan sasaran.
  2. Gosokkan pada kesan kotoran dan biarkan selama 1-2 minit.
  3. Cuci seperti biasa.

 

 

 

Serbuk / Cecair Detergen

  1. Letakkan sedikit detergen dan air secara langsung pada kesan kotoran dan biarkan tidak lebih daripada 30 minit, gosok perlahan.
  2. Bilas kesan kotoran.
  3. Cuci seperti biasa.

 

 

 

Peluntur Oksigen

  1. Rendam dalam peluntur oksigen tidak lebih daripada 30 minit.
  2. Gosok perlahan.
  3. Cuci seperti biasa.

  

Panduan: Jangan masukkan pakaian dengan kesan kotoran ke dalam mesin pengering pakaian sebelum kesan ditanggalkan!

 

 

Sediakan produk yang BETUL dengan rangkaian XTRA WASH
dan anda BERSEDIA menjalankan segala tugasan!

 

 

 

Berita baiknya adalah…ZHULIAN telah memiliki rangkaian lengkap produk pencuci pakaian untuk membantu anda membersihkan pakaian kotor anda! Rangkaian XTRA WASH terdiri daripada Serbuk Pencuci Pekat XTRA WASH serta Serbuk Peluntur Ultra White XTRA WASH, dan produk-produk yang baru diperkenalkan seperti Pelembut Fabrik XTRA WASH dan Pra-Cuci Pakaian XTRA WASH.

 

Pra-Cuci Pakaian XTRA WASH ini mengandungi komponen aktif yang berasal dari alam semula jadi, yang tidak berbahaya, pH neutral dan tidak toksik. Ia berfungsi dengan baik pada kotoran yang sukar seperti kotoran, gris, darah, dan lain-lain namun dirumus selamat pada kebanyakan fabrik yang boleh dicuci serta lembut pada kulit. Ia sangat mudah digunakan…hanya sembur secara terus pada tempat yang kotor, biarkan seketika dan basuh seperti biasa.

 

 

Comments (0)