BAGAIMANA MENUKAR ‘TIDAK’ KE ‘YA’
  • 2467
  • 0
  • 0

Apabila prospek mengatakan “Tidak” kepada anda, sedikit panduan yang diberikan di sini mungkin akan membantu anda memberikan respon sewajarnya agar mereka menukar fikiran mereka.


 

 

Ketika anda gigih berusaha memperkenalkan peluang perniagaan ZHULIAN kepada para prospek anda, pasti ada segelintir yang mungkin masih ragu-ragu atau suka mencari alasan untuk menepis pelawaan anda.  Mari pelajari bagaimana mengucapkan kata-kata yang betul ketika mendepani prospek sebegini, sehingga mereka mengatakan “Ya” kepada anda.




Kata-kata Prospek Anda

“ADAKAH INI SATU PENIPUAN SKIM PIRAMID?”

Bagaimana Respon Anda

Skim Piramid adalah apabila duit bertukar tangan tanpa melibatkan pertukaran produk atau perkhidmatan. Syarikat kami tidak menjalankan perniagaan sedemikian. Produk-produk kami adalah…(jelaskan mengenai produk anda). Syarikat kami adalah syarikat yang sah dan memiliki lesen jualan langsung sejak tahun 1993. Semestinya ini bukan satu penipuan.

 

 



Kata-kata Prospek Anda

“SAYA MELALUI PENGALAMAN BURUK SEBELUM INI. MLM TIDAK SESUAI BUAT SAYA.”




“SAYA MENGENALI SESEORANG YANG KERUGIAN DUIT MELALUI MLM.”

Bagaimana Respon Anda

  1. Mungkin anda belum menemui syarikat yang betul dan produk yang betul. Sekiranya saya dapat tunjukkan bagaimana menjayakan perniagaan ini, adakah anda akan mencubanya sekali lagi?

  2. Ceritakan kepada saya apa yang telah anda alami (Dengan mengetahui butirannya, anda mampu menjelaskan sebab-sebab terjadinya kehilangan duit). Sekiranya saya dapat menunjukkan bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan menjalankan perniagaan MLM, adakah anda akan izinkan saya menjelaskan caranya?

  3. Semestinya, tidak ada jaminan bahawa sesiapapun boleh mendapat keuntungan daripada perniagaan MLM. Segalanya bergantung kepada syarikat yang anda sertai, produk yang anda jual dan usaha yang anda lakukan. (Seterusnya, mulalah menceritakan kepada prospek anda mengenai kelebihan perniagaan ZHULIAN dan rangkaian produk berkualiti yang kita miliki).

 



Kata-kata Prospek Anda

“SAYA PERLU FIKIRKAN TERLEBIH DAHULU.”




“SAYA PERLU RUJUK KEPADA ISTERI / SUAMI SAYA.”

Bagaimana Respon Anda

  1. Saya faham jika anda masih mempunyai pelbagai persoalan di minda. Memandangkan saya masih di sini, anda boleh tanyakannya kepada saya. Saya pasti dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

  2. Saya faham anda menghormati pandangan pasangan anda. Bawalah pasangan anda bertemu saya atau berikan nombor telefon saya kepadanya supaya saya dapat memberikan penjelasan terhadap sebarang keraguannya.

 

 



Kata-kata Prospek Anda

“SAYA TIDAK ADA MASA.”

Bagaimana Respon Anda

  1. Jangan risau…kelebihan perniagaan ini adalah ia boleh dijalankan secara sambilan atau semasa waktu terluang. Ia juga boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut kesenangan anda, sama ada secara online ataupun offline.

  2. Saya boleh membantu anda di waktu lapang anda. Kita boleh memanfaatkan masa saya dengan melakukannya bersama-sama anda.

 

 



Kata-kata Prospek Anda

“SAYA SUDAH ADA KERJA TETAP.”

Bagaimana Respon Anda

  1. Kita semua berada di dalam krisis pandemik yang menjurus kepada kemerosotan ekonomi. Meskipun mempunyai pekerjaan, anda tiada jaminan. Anda mampu memperolehi pendapatan sampingan melalui perniagaan ini. Mengapa tidak mahu?

  2. Kini kos sara hidup adalah tinggi. Jika kita hidup dengan pendapatan tetap sahaja, kita tidak mungkin dapat menikmati hidup yang berkualiti. Anda tidak perlu berhenti kerja tetapi anda boleh mencuba peluang meningkatkan pendapatan. Perniagaan ini akan menyediakan peluang buat anda merubah kehidupan anda.

 

 



Kata-kata Prospek Anda

“SAYA TIDAK ADA WANG.”

Bagaimana Respon Anda

  1. Dengan pelaburan yang kecil sebagai permulaan, anda akan memiliki lebih banyak wang. Biar saya jelaskan kepada anda bagaimana mendapat lebih banyak wang (Mula bentangkan pelan pemasaran kepadanya).

  2. Saya mempunyai seorang downline yang dahulunya bekerja sebagai operator kilang. Dia baru menyertai perniagaan ini 3 bulan yang lalu. Kini, dia memperolehi pendapatan 5 kali ganda gaji terdahulu. (Petik satu contoh sebenar untuk meyakinkan prospek anda. Jangan berbohong, sampaikan kisah yang benar).

 

 



Kata-kata Prospek Anda

“SAYA TIDAK SUKA MENJUAL.”




“SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA MELAKUKANNYA.  TERUTAMA SEKALI, BAGAIMANA UNTUK MENDEKATI ORANG RAMAI.”




“SAYA TIDAK MENGENALI SESIAPA.”

Bagaimana Respon Anda

  1. Kita tidak menjual, kita berkongsi kebaikan sesuatu yang kita sukakan. Kita sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan menunjukkan betapa kita sukakan manfaatnya…Maklumkan kepada mereka mengenai kewujudan produk berkenaan dan apa kelebihan produk dan apakah manfaatnya kepada anda, serta perubahan positif yang anda alami selepas menyertai perniagaan ini, seterusnya biarkan mereka membuat keputusan sendiri.

  2. Tidak ada sesiapapun dilahirkan dengan pengetahuan mengendalikan perniagaan, tetapi mereka mempunyai insan-insan yang membimbing dan membantu mereka untuk sampai ke tahap hari ini. Terdapat ramai pemimpin cemerlang di dalam Syarikat yang boleh menjadi mentor anda. Saya juga boleh membimbing anda. Syarikat juga menyediakan program-program latihan untuk anda mengikut langkah-demi-langkah agar anda dapat mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan ini.

  3. Jika saya dapat menunjukkan kepada anda betapa mudahnya bertemu dengan lebih ramai orang, adakah anda sudi untuk mempelajarinya? Mari mulakan dengan rakan-rakan di tempat kerja anda atau jiran-jiran anda.


    Ingat!  Prospek mungkin menggunakan salah satu alasan sebegini untuk katakan “Tidak” secara lembut.  Sebahagian daripada mereka mungkin maksudkan apa yang dicakapkan dan tidak mungkin akan menukar fikiran mereka.  Sekiranya mereka konsisten mengatakan “Tidak” atau sentiasa beralasan, sila beralih ke prospek berikutnya.  Peluang hanya terbuka buat mereka yang sanggup merebut kesempatan yang dibentangkan!
Comments (0)