BAGAIMANA VITAMIN C BERMANFAAT BAGI SISTEM IMUN ANDA
  • 6695
  • 0
  • 0

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan nutrien penting yang memainkan pelbagai peranan di dalam tubuh. Ia adalah antioksidan yang mujarab, bermakna ia dapat meneutralkan sebatian yang tidak stabil di dalam tubuh yang dikenali sebagai radikal bebas dan menolong untuk mencegah atau menterbalikkan kerosakan sel yang disebabkan oleh sebatian ini.


Salah satu sebab utama manusia mengambil suplemen Vitamin C adalah bagi merangsang imun, kerana Vitamin C terlibat di dalam pelbagai peringkat sistem imun.

 

Bagaimana Vitamin C mempengaruhi imun anda?

1. Menyediakan aktiviti antioksidan

Apabila radikal bebas terkumpul, ia menggalakkan berlakunya tekanan pengoksidaan yang berkait dengan bermacam-macam penyakit kronik. Vitamin C mengandungi antioksidan yang merangsang sistem imun. Ia melindungi sel daripada radikal bebas berbahaya. Aktiviti antioksidannya berupaya mengurangkan keradangan yang mungkin menolong untuk merendahkan risiko penyakit kronik.

 

 

2. Merangsang penghasilan kolagen

Vitamin C adalah penting bagi sistem pertahanan kulit. Ia mengekalkan kulit yang sihat dengan merangsang penghasilan kolagen, menolong kulit tampil sebagai penghalang berfungsi bagi menyekat sebatian berbahaya memasuki tubuh. Vitamin C pada kulit juga menggalakkan penyembuhan luka.

 

 

3. Meningkatkan antibodi

Vitamin C menggalakkan pertumbuhan dan pengembangan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit, sejenis sel imun yang meningkatkan antibodi, protein yang dapat menyerang sebatian bendasing atau berbahaya di dalam darah. Ia turut merangsang aktiviti fagosit iaitu sel imun yang mampu "menelan" bakteria berbahaya dan zarahan lain. Fagositik leukosit juga menghasilkan dan membebaskan sitokin, termasuk interferon yang memiliki aktiviti antivirus.

 

 

4. Merangsang penghasilan hormon

Vitamin C terlibat dalam penghasilan neropinefrina dan vasopresin ~ hormon-hormon yang berperanan penting menentukan bagaimana sistem kardiovaskular bertindak terhadap jangkitan.

 

 

Vitamin C penting bagi fungsian sistem imun yang baik

Para penyelidik mendapati bahawa Vitamin C berkurangan semasa jangkitan, maka kekurangan ini mungkin meningkatkan risiko jangkitan dan menjejaskan penyembuhan luka. Kajian penyelidik mencadangkan bahawa Vitamin C berkemungkinan dapat mencegah dan merawat demam selesema dan pneumonia. Mereka yang menghidap pneumonia cenderung mempunyai tahap Vitamin C yang lebih rendah dan pengambilan suplemen Vitamin C menunjukkan mampu memendekkan tempoh penyembuhan. Satu kajian oleh Seoul National University College of Medicine pada tahun 2013 juga menunjukkan Vitamin C adalah faktor penting bagi tindakbalas imun antivirus melalui penghasilan Interferon-α/β pada peringkat permulaan jangkitan virus Influenza A Virus (H3N2).

Vitamin C ialah vitamin penting, dan ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan Vitamin C secukupnya dari makanan harian anda, dan jika tidak, anda perlulah mencukupkannya dengan pengambilan suplemen Vitamin C. Tablet boleh kunyah NutriLex Vitamin C 250 mg (Perisa Oren) disyorkan buat pengambilan anda sekeluarga.

 

Sila klik http://www.zhulian.com.my/nutrilex-vitamin-c untuk maklumat lebih lanjut mengenai NutriLex Vitamin C daripada Zhulian.

 

 

 

Comments (0)