BERMACAM-MACAM SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TERUS TERSENYUM!
  • 3928
  • 0
  • 0

Senyumlah dan dunia akan turut tersenyum dengan anda! Sesungguhnya senyuman adalah bahasa semesta yang membawa kepada kehidupan yang lebih ceria, sihat dan berpanjangan. Adakah anda dibebani emosi yang negatif? Cuba lakukan begini, lengkukkan kedua-dua sisi bibir anda ke atas dengan perlahan. Naikkan pipi anda. Sekarang, kekalkan senyuman tersebut untuk seketika, pasti anda akan rasa lebih lega. Demikianlah keajaiban senyuman.

 

 

BAGAIMANA SENYUM DAPAT MEMPENGARUHI TUBUH DAN MINDA!

Selain senyuman yang dapat menceriakan diri anda, terdapat juga banyak kebaikan kesihatan yang anda akan perolehi dengan menguntumkan senyuman seperti mengurangkan stres, merangsang sistem imun dan merendahkan tekanan darah. Apabila ada tertekan, tubuh akan merembeskan banyak hormon tekanan – Kortisol. Apabila anda senyum, tubuh anda akan merehat dan membebaskan hormon gembira – Endorfin, yang merupakan ubat tahan sakit semula jadi yang membuatkan anda rasa lebih lega.

 

 

SENYUMAN CERIA ADALAH UBAT PALING MUJARAB!

Pernafasan anda juga akan meningkat apabila tersenyum dan ia membenarkan lebih banyak oksigen dan nutrien mengalir ke seluruh tubuh anda. Memandangkan hormon stres anda menurun apabila anda tersenyum, ia membolehkan antibodi tertentu atau sel imun untuk meningkat bagi menentang penyakit, seperti demam dan selesema. Oleh itu, cegahlah penyakit dengan banyakkan senyuman.

 

 

KEYAKINAN SEGERA BERMULA DENGAN SENYUMAN YANG CERIA…

Tambahan pula, apabila tersenyum, anda menggunakan otot wajah tertentu yang akan mengangkat seri wajah anda dan membuatkan anda kelihatan lebih muda dan lebih menawan. Oleh sebab itulah apabila anda mengukir senyuman lebar lagi ceria, penampilan anda dapat di tingkatkan dan anda kelihatan lebih mudah didekati dan berkeyakinan lalu menjadikan orang tertarik kepada anda. Senyumlah selalu mulai hari ini kerana ia tidak perlu apa-apa bayaran tetapi membawa banyak manfaat!

 

KUNCI KE ARAH SENYUMAN MENAWAN DAN KESIHATAN MENYELURUH ADALAH KEBERSIHAN RONGGA MULUT YANG BAIK!

Sertakan rangkaian produk SMILEON di dalam rutin penjagaan rongga mulut kerana produk-produk ini yang saling melengkapi dengan sempurna untuk perlindungan terbaik daripada karies gigi, nafas berbau dan penyakit dental lain. UBAT GIGI SMILEON DENGAN ALOE VERA terdiri daripada Aloe Vera pemulih semula jadi yang membantu melegakan gusi yang sakit dan bengkak serta Fluorida SMFP yang akan membantu menguatkan ketahanan gigi terhadap pereputan gigi, manakala formula tanpa alkohol CECAIR KUMUR COOL MINT SMILEON mengandungi minyak pati sebagai agen germasida yang menentang bakteria bagi memastikan gigi lebih putih dan gusi lebih sihat, agar anda kekal dengan senyuman yang menawan sepanjang hari!

 

Comments (0)