Ekstrak Bilberi Bukan Sekadar Untuk Mata Anda Sahaja!
  • 1990
  • 0
  • 0

Selain amat bermanfaat bagi kesihatan mata, bilberi telah digunakan secara tradisional untuk merawat cirit-birit, urat varicos, radang membran mukosa, pengerasan arteri (aterosklerosis) dan pelbagai penyakit lain.

Bilberi adalah sejenis pokok renek yang dapat hidup lama di dalam pelbagai cuaca di hutan kayu yang lembap. Bilberi telah digunakan sebagai herba perubatan sejak abad ke-16 lagi. Pigmen biru-ungu yang tipikal bagi keluarga tumbuhan ini adalah disebabkan oleh antosianin flavanoid. Dengan aktiviti antioksidan yang mujarab, antosianin melindungi tisu tubuh, terutamanya salur darah, daripada agen pengoksidaan yang mengalir di dalam darah. 

 

 

Bagus bagi Kesihatan Penglihatan

Pelbagai kajian yang telah dijalankan di Eropah telah merekodkan ekstrak bilberi dapat meningkatkan ketajaman pandangan, mengurangkan ketegangan mata dan menggalakkan penyesuaian pantas kepada kegelapan, pada waktu malam. Kesan berfaedah terhadap mata ini didapati berkaitan dengan kehadiran antosianin yang berkepekatan tinggi di dalam bilberi. Antosianin menyokong dan melindungi struktur kolagen di dalam saluran darah pada mata, menjadikan kapilari sihat dan kuat untuk membawa zat penting ke setiap otot dan saraf pada mata.

 

 

 

Bilberi juga mengandungi Vitamin A dan C, memberikan perlindungan antioksidan yang dapat membantu mata mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Vitamin A diperlukan untuk penglihatan yang tajam, manakala Vitamin C membantu untuk membentuk kolagen dan diperlukan bagi pertumbuhan dan pembaikan sel tisu dan saluran darah.

 

 

 

Amat Disyorkan untuk Pesakit Kencing Manis

Dua komplikasi lazim bagi penyakit kencing manis ialah penyakit kerosakan retina (retinopati) dan gangguan buah pinggang (nefropati), yang selalunya bermula apabila kapilari-kapilari halus organ-organ ini rosak akibat kandungan gula berlebihan. Antioksidan bilberi membolehkan agen pengoksidaan yang berbahaya terikat kepadanya, tidak pada sel tubuh, lantas mencegah agen daripada menyebabkan kerosakan kekal pada lapisan dalam saluran darah.

 

 

 

Ekstrak Bilberi diiktiraf di Eropah untuk mencegah retinopati diabetis, iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh komplikasi penyakit kencing manis yang teruk, yang menjurus kepada mata menjadi buta. Di dalam kajian rabun-dua-pihak, 14 pesakit kencing manis telah diberikan ekstrak bilberi yang dipiawaikan dengan 115mg antosianosida, setiap hari selama sebulan (Perossini et al, 1987). Selepas sebulan, peningkatan jelas dapat dilihat pada parameter optalmoskopi bagi 11 pesakit, manakala 12 pesakit menunjukkan peningkatan parameter angiografik.

 

 

 

Bermanfaat bagi meningkatkan gangguan darah

Kajian juga membuktikan bahawa bilberi dapat juga digunakan bagi penyakit vascular dan darah, dan menunjukkan hasil positif apabila merawat urat varicos, trombosis, dan angina. Buah ini mengandungi flavanoid dan antosianin, yang bertindak merawat kelemahan kapilari, mencairkan darah, menstimulasi pengeluaran vasodilator. Antosianin, sejenis antioksidan semula jadi juga merendahkan tekanan darah, mengurangkan berlakunya tersumbat dan memperbaiki bekalan darah kepada sistem saraf.

 

 

 

Salah satu makanan kecantikan terhebat

Bilberi juga bagus bagi mencegah kedutan, selulit dan penuaan pramatang kulit kerana antioksidan kecil ini menyumbang kepada kesihatan matriks kolagen secara meneutralkan enzim yang merosakkan tisu penghubung dan memusnahkan radikal bebas. Antosianin dan antioksidan lain yang terkandung di dalam bilberi dapat menyembuhkan luka dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko urat varicos.

 

 

 

Manfaat-manfaat lain

Commission E, sebuah panel pakar yang bertindak menilai perubatan herba di Jerman, menyokong bilberi bagi merawat cirit-birit dan luka mulut kerana dianggap memiliki sifat antiseptik yang kuat. Bahkan kajian awal juga menunjukkan bahawa ia mungkin berkesan merawat ulser peptik. Bilberi juga telah digunakan secara tradisional bagi rawatan cirit-birit, penyakit payu dara fibrosista dan kitar haid yang menyakitkan.

 

Perolehi kebaikan kesihatan bilberi daripada GREENLEX I-COMPLEX

GREENLEX I-COMPLEX mengandungi 80 mg ekstrak bilberi yang dipiawaikan dengan kandungan 25% antosianosida. Piawai antosianosida 25% ini bermatlamat bagi meningkatkan kesihatan mata dengan menggalakkan aliran darah ke mata, melindungi sinar UV berbahaya dan menguatkan dinding kapilari darah pada mata.

Pesakit kencing manis boleh mulakan pengambilan sebanyak 3-4 kapsul sehari, lalu ditingkatkan kepada 5-6 kapsul selepas seminggu atau lebih bagi hasil terbaik. Para pengguna yang lain, 1-2 kapsul sehari sudah memadai bagi melindungi mata dan meningkatkan penglihatan.

Comments (0)