Fakta-fakta Menakjubkan mengenai Wangian dan Bauan
  • 1743
  • 0
  • 0

Dari aroma secawan kopi yang pahit manis di awal pagi hingga ke haruman lembut yang mengalu-alukan kepulangan anda di rumah, saban hari kita terdedah kepada aneka jenis bau-bauan – kebanyakannya mempunyai kesan penting terhadap mood dan mempengaruhi pandangan kita terhadap pelbagai aspek kehidupan. Dengan bantuan organ hebat iaitu hidung kita, di sini terdapat beberapa fakta menarik mengenai wangian dan bauan.

 

 

1. MANUSIA MAMPU MENGENAL PASTI SEKURANG-KURANGNYA SATU TRILION BAU-BAUAN BERBEZA

Saintis mendedahkan di dalam sebuah journal 2014 bahawa manusia dapat mengenal pasti paling kurang satu trilion bau yang berlainan. Adalah dipercayai bahawa jumlah sebenar mungkin lebih tinggi berbanding jumlah ini. Terdapat kira-kira 10 juta reseptor bau di dalam hidung manusia. Sekitar usia 18 atau 19 tahun, deria bau berada pada puncaknya. Setelah melepasi usia tersebut, deria bau kita akan beransur-ansur merosot.

 

2. SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI KEUPAYAAN MENGHIDU BAU BERBEZA

Kita semua memiliki ‘titik tidak peka bau’, iaitu bauan yang tidak dapat kita hidu. Bermaksud, kita semua menghidu bauan secara berbeza, dan haruman yang kita nikmati adalah unik buat diri kita sahaja. Terdapat individu yang mengalami ‘anosmia’ iaitu keadaan di mana bau tidak dapat dikesan. Terdapat juga keadaan yang lebih melarat – ‘kakosmia’. Penderita kakosmia akan hanya menghidu bau sebagai busuk, bahkan aroma roti segar yang baru dibakar akan menusuk bau yang busuk seperti muntah atau sampah kepada individu yang kurang bernasib baik ini.

 

 

3. DERIA BAU WANITA LEBIH KUAT BERBANDING DERIA BAU LELAKI

Para penyelidik mendapati golongan wanita mempunyai deria bau yang terbina lebih baik berbanding golongan lelaki, dan berupaya mengenal pasti sejumlah bau-bauan lebih banyak. Keupayaan ini adalah kerana kawasan prafrontal orbital otak wanita lebih terbina berbanding otak lelaki. Semasa kehamilan, deria bau wanita lebih tinggi dan lebih hipersensitif. Deria bau dipertingkatkan ini dipercayai penyebab wanita hamil mengalami mabuk hamil dan mengidam makanan yang pelik-pelik.

 

4. PERASAAN MAMPU DIHIDU

Deria bau kita sungguh luar biasa hebat sehinggakan kita dapat menghidu ketakutan, kebencian dan kegembiraan. Sebuah kajian tahun 2012 menemui isyarat bau hadir di dalam peluh, lantas membantu orang lain untuk menghidu perasaan kita ketika kita mengalami emosi-emosi tertentu.

 

5. BAU ADALAH DERIA YANG PALING BERKEKALAN DIINGATAN

Kajian mendapati bahawa kita mengingati sesuatu yang dibau lebih lama berbanding sesuatu yang dilihat, didengari, dirasai dan dialami. Hal ini menakjubkan sekali kerana manusia mengingati bau-bauan sehingga 65% tepat selepas tempoh satu tahun, berbanding hanya mengingati separuh daripada sesuatu yang dilihat dalam tempoh suku tahun sahaja.

 

6. RASA BERGANTUNG KEPADA BAU

Bukan lagi rahsia bahawa bau makanan meninggalkan kesan besar ke atas persepsi rasa, merangkumi sehingga 95% rasa. Namun, tahukah anda tanpa deria bau maka seseorang itu tidak dapat membezakan rasa sebiji kentang dengan sebiji bawang?

 

 

7. PEMBUAT MINYAK WANGI PERLU MENGENAL PASTI SEKURANG-KURANGNYA 250 HARUMAN SEBELUM LAYAK MENJADI PAKAR

Bagi mencapai ke tahap profesional, seorang pembuat minyak wangi perlu berjaya mengenal pasti paling kurang 250 jenis bau-bauan sebagai sebahagian daripada ujian induksi. Ujian awal yang sukar ini adalah antara sebab mengapa terdapat hanya 50 pakar pembuat minyak wangi haruman terlatih sepenuhnya (dikenali sebagai ‘Nose’) di dunia.

 

8. ALAM SEMULA JADI ADALAH PEMBEKAL ABADI HARUMAN DAN RAMUANNYA

Pati haruman diperolehi daripada pelbagai sumber alam semula jadi, sama ada dari kulit pokok, kelopak bunga, akar, biji benih, buah-buahan dan dedaun.

 

9. BAU YANG BAGUS MEMBUATKAN KITA GEMBIRA

Sekiranya kita menghidu sesuatu yang kita anggap menyenangkan, ia akan meninggalkan kesan positif di minda dan menolong untuk membangkitkan mood kita.

 

 

Tinggalkan Tanggapan Berkekalan dengan ZaFora and Midassa

Dihasilkan khas buat wanita yang mahu meninggalkan kesannya di mana jua! Haruman yang sukar dilupakan ini melahirkan rasa yakin bertenaga kepada pemakainya, selain meninggalkan tanggapan keanggunan gaya yang berkekalan!

 

 

Pasangkan seunit Beyond Microplasma Ion Deodoriser di dalam Kereta atau Bilik Anda untuk Merangsangkan Mood dan Membangkitkan Deria Anda!

Singkirkan bau busuk dan suntikkan wangian menyenangkan ke dalam ruang kereta anda atau bilik anda dengan unit penyahbau ini! Ia menawarkan udara yang bersih, segar beraroma yang pasti memberikan anda rangsangan kecergasan dan mood!

 

Comments (0)