FAKTA Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Pensanitasi Tangan!
  • 1730
  • 0
  • 0

Masyarakat dunia hari ini semakin memberikan perhatian terhadap kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri serta seisi keluarga. Gaya hidup norma baharu turut melibatkan permintaan yang tinggi terhadap pelbagai produk 'essential' termasuklah pensanitasi tangan sehingga terdapat kekurangan bekalannya pada satu ketika. Namun begitu, The Food and Drug Administration (FDA) menyarankan masyarakat TIDAK membuat pensanitasi tangan sendiri kerana formulasi yang tidak tepat bukan sahaja menjadikannya tidak berkesan bahkan mungkin menyebabkan hakisan kulit atau kulit terbakar.

 

Di pasaran kini terdapat pilihan pensanitasi tangan bebas alkohol dan berasaskan alkohol. Pensanitasi tangan bebas alkohol tidak disarankan penggunaannya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kerana kurang berkesan berbanding pensanitasi tangan berasaskan alkohol yang berupaya mengurangkan bilangan mikrob pada tangan dengan pantas dalam situasi tertentu. Namun, harus diingat bahawa pensanitasi tangan tidak dapat menyingkirkan kesemua mikrob atau kuman serta bahan kimia berbahaya serta ia kurang berkesan pada tangan yang kotor dan berminyak.

 

 

Berikut dikongsi beberapa fakta-fakta penting mengenai pensanitasi tangan yang menjadi sebahagian daripada keperluan anda…

 

 

Pensanitasi tangan TIDAK BOLEH menggantikan keberkesanan AIR DAN SABUN.

 

 

JANGAN menggantikan pensanitasi tangan dengan menggunakan semburan atau cecair pencuci kediaman yang bernyahjangkit untuk perabut atau peralatan lain yang BUKAN UNTUK KEGUNAAN MANUSIA.

 

 

KEBERKESANAN pensanitasi tangan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya CARA DIAPLIKASI (cth: kuantiti, tempoh, kekerapan, dll) dan sama ada AGEN JANGKITAN yang HADIR pada tangan boleh direncatkan oleh bahan aktif pensanitasi tangan tersebut.

 

 

Pensanitasi tangan hanya BERKESAN jika digosok meliputi setiap bahagian tangan untuk sekurang-kurangnya 20 SAAT.

 

 

Menurut KKM, WHO dan CDC, penggunaan pensanitasi tangan yang disarankan untuk MENGHAPUSKAN virus COVID-19 mestilah yang berasaskan alhohol dengan kepekatan 60-95%.

 

Pensanitasi tangan perlu DISIMPAN JAUH DARIPADA CAPAIAN KANAK-KANAK dan memerlukan PENGAWASAN ORANG DEWASA ketika digunakan bagi mengelak keracunan alkohol.

 

 

Kandungan alkohol di dalam pensanitasi tangan bertujuan mencegah kuman berbahaya dan BUKAN dijadikan MINUMAN maka dari segi hukum Islam, ia TIDAK NAJIS untuk digunakan ketika BERSOLAT.

 

 

 

Kadangkala pensanitasi tangan DITAMBAH PELEMBAP (seperti gliserin, vitamin E, aloe vera, dll) bagi mengurangkan kesan pengeringan alkohol serta mengekalkan kelembutan tangan.

 

 

Peringatan! Anggaplah pensanitasi tangan sebagai 'suplemen tambahan' kepada kebersihan tangan ketika ketiadaan air dan sabun. Gunalah PurelyZ untuk memelihara kebersihan tangan anda sekeluarga! Spread love, not germs!

 

Comments (0)