Krim Pelindung Kulit ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E
Dirumus khusus untuk kulit kering atau sensitif, Krim Pelindung Kulit ELTINA Dengan Lemon, Ginseng & Vitamin E membantu untuk meningkatkan fungsi sel kulit dan melindunginya daripada pencemar alam sekitar.
- Diformulasi dengan kompleks nutrien khusus seperti lemon, ginseng dan vitamin E untuk melindungi, menyubur dan mencegah kerosakan kulit.
- Membantu untuk melindungi daripada alahan persekitaran, pendedahan kepada sinar matahari dan bakteria.
- Penggunaan secara kerap menolong untuk membekalkan nutrien penting bagi menghidrat dan melembapkan sel kulit agar kulit kekal cantik, muda dan berseri.