Rancakkan momentum kejayaan seawal tahun!
Friday, January 20, 2023

Syabas dan Tahniah buat ZHULIAN, khususnya ZHULIAN Marketing (M) Sdn Bhd di atas penerimaan sebuah Anugerah membanggakan ~ Anugerah Pembangunan Sumber Manusia 2022 (HRD Awards 2022) - kategori Anugerah Majikan Perusahaan Kecil dan Sederhana Koperasi Pembangunan Sumber Manusia!

Majlis Makan Malam Gala Anugerah HRD 2022 ke-20 yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar, telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17hb Januari 2023. Anugerah ini yang dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia ini adalah pengiktirafan tertinggi kepada para pemain industri yang telah menerajui inovasi dan transformasi modal insan.

Sesungguhnya anugerah yang diberikan berdasarkan penilaian terhadap prestasi dan dedikasi majikan ini telah mengiktiraf ZHULIAN sebagai Majikan Cemerlang yang memainkan peranannya dalam memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan di kalangan sumber manusianya. Pengiktirafan sebegini di awal tahun benar-benar telah membakar semangat Syarikat, kakitangan serta semua usahawan di bawah naungannya untuk sentiasa mengejar penambahbaikan dan kecemerlangan demi kejayaan bersama.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat ZHULIAN!

Comments (0)