Melabuhkan tirai 2022 dengan pengiktirafan membanggakan!
Friday, January 20, 2023

Tahniah ZHULIAN INDUSTRIES SDN BHD di atas penganugerahan 'Certificate of Merit' serta 'Most Promising Award' pada majlis Export Excellence Awards 2022, anjuran Star Media Group Berhad, dengan kerjasama Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, serta penaja bersama PKT Logistics Group dan Matrade sebagai penaung.

Majlis telah berlangsung pada 24hb November 2022 di M Resorts and Hotel, Kuala Lumpur dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Lokman Hakim Ali.

Sesungguhnya anugerah ini mengiktiraf dan menghargai ZHULIAN sebagai salah satu pengeksport terbaik yang telah mempamerkan daya tahan dan komitmennya untuk berterusan menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, meskipun semasa krisis pandemik yang melanda. Semoga ZHULIAN akan terus memacu perniagaannya ke tahap lebih membanggakan dengan berkat sokongan, dorongan dan kerjasama erat semua yang berada di bawah payung Kumpulan. Syabas & tahniah ZHULIAN!

Comments (0)