MEMAHAMI KEBAIKAN OZON TERHADAP MANUSIA
  • 2997
  • 0
  • 0

Ramai di antara kita tahu apa itu ozon, tetapi ramai juga yang tersalah anggap ozon sebagai sejenis gas pencemar yang berbahaya. Bahkan, ada segelintir masyarakat yang menyangka bahawa asap eksoz kenderaan sebagai ozon!



 

Walaupun ozon seringkali dianggap sebagai gas bertoksik, bahan pencemar dan karsinogen, sebenarnya, ozon adalah gas semula jadi yang selamat dan ia tidak menyumbang kepada pencemaran air atau udara, bahkan berupaya merawat air dan udara agar kembali bersih untuk digunakan. Bacalah dengan lebih lanjut untuk menyingkirkan salahanggap ini daripada minda kita…



 

APA ITU OZON?
Perkataan “ozon” berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ozien” yang bermaksud “bau” kerana cirinya yang mempunyai bau tersendiri. Ozon (O3) merupakan unsur yang terdiri daripada tiga atom oksigen (O2 + O1 = O3), iaitu gas yang sangat reaktif. Sifat reaktif ini menyebabkan ozon mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu sekitar 20 minit sahaja. Ozon dihasilkan secara semula jadi oleh sinaran UV dari matahari (tindak balas fotokimia) dan kilat. Ia juga boleh dihasilkan secara sintetik dengan melalukan udara atau oksigen di bawah lampu bersinar UV atau melalui medan bervoltan tinggi (tindak balas bio-elektrik). Ozon juga sentiasa terhasil daripada penggunaan pelbagai barangan elektrik, walaupun pada kepekatan yang rendah.

Kebanyakan penyelidikan yang melibatkan ozon oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan sebagainya menunjukkan keputusan-keputusan yang negatif! Tetapi hasil yang sedemikian adalah kerana mereka menggunakan tahap kepekatan ozon yang amat tinggi. Seperti juga oksigen, air dan sebagainya, apabila melibatkan jumlah yang besar akan membawa keburukan terhadap kesihatan dan ia tidak terhad kepada ozon sahaja!



 

SALAH SATU OKSIDAN YANG PALING SELAMAT DAN BERKUASA YANG ADA PADA MASA KINI!
Oksigen atau O2 yang kita gunakan untuk bernafas adalah stabil, manakala ozon yang berikatan kimia O3 adalah tidak stabil dan sentiasa bersedia untuk bertindakbalas dengan sebarang bahan pencemar yang bertembung dengannya. Sejurus ozon bertindakbalas dengan menulenkan bahan pencemar tersebut, ia akan kembali menjadi molekul O2 tanpa meninggalkan sebarang bahan sampingan bertoksik.

Ozon berkeupayaan menyahaktifkan bakteria dan virus sehingga 3,125 kali lebih pantas dan 50% lebih kuat berbanding klorin.



 

Ozon adalah oksidan kedua paling berkuasa yang diketahui, selepas florin. Ia berkeupayaan menyahaktifkan bakteria dan virus sehingga 3,125 kali lebih pantas dan 50% lebih kuat berbanding klorin. Semakin hari, ozon semakin diterima sebagai teknologi terbaik dan kian menjadi pilihan berbanding kaedah lama bagi pencucian makanan, minuman dan peralatan. Sifat reaktifnya berupaya membersihkan, meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksik makanan mentah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut serta peralatan dapur, bekas makanan dan minuman dan sebagainya.



 

KESELAMATAN DAN KELEBIHAN PENGGUNAAN OZON
"pada bulan Jun 2001, US Food and Drug Administration telah membuat keputusan terakhir meluluskan ozon sebagai bahan tambahan untuk membunuh patogen bawaan makanan sebagai agen anti-mikrob di dalam makanan, termasuk daging, ayam dan itik".

Pada kepekatan yang tinggi, ozon adalah berbahaya tetapi pada tahap yang rendah sepertimana digunakan untuk rawatan ozon, ia adalah selamat digunakan oleh manusia. Sejak 1885, belum pernah terjadi kes kematian yang berpunca daripada ozon. Dan, ozon tidak disenaraikan sebagai bahan yang karsinogen oleh OSHA (Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), NTP (Program Toksikologi Negara) atau IARC (Agensi Kaji Selidik Kanser Antarabangsa). Keselamatan penggunaan ozon bertambah diyakini apabila pada bulan Jun 2001, US Food and Drug Administration telah membuat keputusan terakhir meluluskan ozon sebagai bahan tambahan untuk membunuh patogen bawaan makanan. Selain selamat untuk digunakan, ozon berkelebihan melanjutkan jangka hayat makanan; menyingkirkan bahan kimia seperti racun perosak, racun rumpai, pengawet dan antibiotik pada makanan; mengekalkan kesegaran buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan daging dengan menguraikan bakteria pada makanan, dll.



 

BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT adalah satu sistem canggih yang berkuasa membersih, meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksik makanan dengan merawatnya menggunakan aliran terkawal molekul ozon…lengkapkan siri produk teknologi rumah jenama ZHULIAN anda demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan anda sekeluarga!

 

 

Comments (0)