Memperkenalkan ZHULIAN Drip Coffee! Kopi yang wajib dicuba oleh para pencinta kopi!
Friday, May 27, 2022


Akhirnya, produk terbaru yang dinanti-nantikan sekian lama, KOPI TITIS ZHULIAN telahpun dipasarkan! Sejak tawaran pra-pelancaran diadakan beberapa minggu yang lalu, demam kopi baru ini telah menular di kalangan warga ZHULIAN! Ramai yang menghubungi HQ bertanyakan bilakah mereka dapat membuat pembelian lagi setelah berakhirnya pra-pelancarannya. Kini, anda semua bolehlah membuat pembelian secara online atau melalui mana-mana Agensi Bertauliah ZHULIAN mulai hari ini!

Biji kopi yang digunakan bagi KOPI TITIS ZHULIAN adalah biji kopi Arabika tulen. Ia terdiri daripada 2 perisa - Medium Roast – Ethiopia Blend (biji kopi Arabikanya dari Ethiopia) dan Dark Roast – Colombia Blend (biji kopi Arabikanya dari Colombia). Keistimewaan kopi ini adalah kisaran Arabikanya dibungkus ke dalam beg titis yang istimewa. Hanya tuangkan air panas ke dalam beg titis, tunggu kira-kira 2 minit agar kopi menitis ke dalam cawan anda, dan secawan kopi yang dibru sempurna sedia untuk dinikmati! Anda tidak memerlukan mesin pembuat kopi, namun anda dihidangkan kopi tulen berkualiti bagai disediakan oleh barista kopi. Mudah dan lazat!

Tidak cuba, manakah tahu! Sekali anda merasainya, anda mahukannya lagi dan lagi! Dapatkan hari ini dan cubalah!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila klik https://bit.ly/ZHULIANKopiTitis

Comments (0)