Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai POLIPEPTIDA KAYA-PROLIN
  • 2656
  • 0
  • 0

PRP yang terkandung di dalam kolostrum diyakini mempunyai ciri modulasi imun paling berkuasa yang penting bagi kesihatan anda.  Sila baca lebih lanjut bagi memahami mengapa… 

 

 

 

 

Apakah itu POLIPEPTIDA KAYA-PROLIN (PRP)?

PRP adalah peptida yang wujud secara semula jadi yang ditemui di dalam tubuh dan merupakan pengawalatur utama sintesis protein sel.  PRP yang berasal daripada kolostrum juga dikenali sebagai colostrinin.  Ia hadir di dalam cecair prasusu yang dihasilkan oleh kelenjar mamari  pada hari-hari pertama selepas kelahiran.  PRP daripada kolostrum terdiri daripada 22% prolin, asid amino bukan polar serta peratusan gliserin, alanina, arginina dan histidina yang rendah.

Modulator Imun Semula Jadi

“PRP di dalam kolostrum bovin mempunyai keupayaan yang sama untuk meregulasi aktiviti sistem imum seperti hormon kelenjar Timus. Ia mengaktifkan sistem imun yang kurang aktif, membantunya bertindak terhadap organisma penyebab penyakit. PRP juga menyekat sistem imun yang terlampau aktif, seperti yang terjadi pada penyakit autoimun. PRP adalah sangat anti-keradangan dan didapati bertindak pada pelopor sel-T bagi menghasilkan sel-T pembantu dan sel-T penindas…”

~ Drs. Staroscik, et. al., Molecular Immunology

 

 

Bagaimana ia bertindak

PRP juga seringkali digelar info-peptida, info-protein atau pelopor sitokin kerana fungsinya sebagai peptida isyarat yang dihasilkan oleh makrofaj teraktif dan sel-T teraktif yang mengawal penghasilan semua sitokin, agen imunomodulasi yang membawa isyarat secara setempat di antara sel.

 

 

PRP membantu meregulasi kelenjar timus (pusat bagi sistem imun tubuh), menstimulasi sistem imun yang kurang aktif atau mengimbangi regulasi sistem imun yang terlampau aktif seperti pada penyakit autoimun. Ia merencatkan penghasilan berlebihan limfosit dan sel-T serta membantu mengurangkan simptom-simptom kecil berkaitan alahan, pembengkakan dan keradangan.

PRP mempunyai keupayaan unik untuk memodulasi sistem imun, meningkatkan tahap aktivitinya apabila mengalami ancaman, seperti jangkitan atau luka, dan mengurangkan aktivitinya apabila ancaman dalam keadaan terkawal. Apabila jangkitan dikenalpasti, PRP menghantarkan isyarat melalui reseptor sel tertentu untuk mengaktifkan sistem pertahanan dengan menggalakkan penghasilan sitokin bagi melawan jangkitan.

 

PRP berupaya mencegah alahan

Kajian yang dijalankan oleh Cawangan Perubatan Universiti Texas dan diterbitkan secara online pada Mac 2008 di laman web International Archieve of Allergy and Immunology menunjukkan bahawa colostrinin atau PRP adalah bukan-alahan dan boleh mencegah keradangan alahan yang disebabkan oleh alergen dalaman dan luaran. Kajian lain menunjukkan ia menyingkirkan atau memperbaiki simptom alahan, serta penyakit autoimun lain seperti sklerosis berganda, rheumatoid arthritis dan lupus.

PRP berkeupayaan untuk meregulasi aktiviti sistem imun. Ia juga bermakna ia dapat menyekat sistem imun yang terlampau aktif, seperti alahan atau penyakit hiperimun lainnya, menghalangnya daripada bertindak balas terhadap bahan yang tidak merbahaya. Pelbagai kajian juga telah mengenalpasti bahawa PRP adalah amat anti-keradangan..

 

 

COLOSKIM mengandungi kolostrum bovin penuh yang dipastur segera dan dicampur dengan susu skim yang membekalkan protein, vitamin, mineral dan pelbagai faktor imun yang mujarab seperti faktor imun, faktor pertumbuhan dengan tahap PRP yang ditingkatkan yang tidak hanya merangsang keupayaan imun tetapi turut membantu mengawalatur tindakbalas keimunan ke tahap optimum. Penambahan suplemen faktor-faktor ini dapat membantu mengembalikan keimunan, mencegah jangkitan serta mempercepatkan pembaikan dan penyembuhan penyakit.

 

Setiap sacet COLOSKIM mengandungi 107 mg PRP!

 

Comments (0)